Kebiasannya, lembu yang dibeli untuk Raya Haji adalah lembu yang besar dengan isi yang banyak. Jika kurus sekalipun, ia tidaklah terlampau kurus sehingga menampakkan rangak tulang.
Tetapi, hal yang lain berlaku kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) di sebuah masjid di Petaling Jaya apabila mendapat lembu yang kurus untuk dibahagikan daging korbannya kepada orang ramai.
Hal ini telah dibangkitkan oleh seorang pendakwah bebas terkenal, Rahmat Ikhlas Mohd Sofyan pada 10 Julai lalu. PU Rahmat menasihati AJK masjid agar membuat surat perjanjian berhubung pengurusan lembu korban.
Beliau berkongsi hal itu di hantaran Faceboonya pada Sabtu. Ia telah menyaksikan pihak masjid yang dihadirinya menerima lebu kurus daripada pihak pembekal lain.
“Tadi hantar seekor lembu masjid. Terkejut AJK masjid tengok lembu yang kami hantar gemuk sedangkan 5 ekor lembu lagi mereka beli dengan pembekal lain dalam keadaan kurus.
“Saya pesan pada masjid, lepas ni buat surat perjanjian. Lembu semasa sampai masjid mesti berat hidup lebih 200 kg,” katanya dalam hantaran tersebut.
Menurut beliau, kebiasaan yang berlaku adalah pembekal lembu akan mula mencatu makanan lembu selepas AJK masjid memilih lembu untuk dikorbankan di kandang.
Jadi kerana itulah semasa lembu tersebut dipilih gemuk namum apabila dihantar sudah kurus, katanya lagi.
“Kepada para pembekal, bertaqwalah kepada Allah. Ini urusan ibadah,” pesannya dalam hantaran sama.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1545789292928049152?s=20&t=MkTtEfyX4oldQmb7-V5o6w
Meninjau ruangan komen netizen berkenaan isu tersebut, ramai yang marah dan mempersoalkan kenapa seseorang yang terdiri dalam kalangan peniaga sanggup berbuat demikian. Lagi-lagi yang melibatkan upacara agama sebegini.
Mengambil komen @Haziqmswn dia mempersoalkan kepelikan peniaga yang berbuat hal demikian.
“Pelik aku dorang ni macam jatuh miskin je la macam mana maju Melayu?” soalnya.
Selain itu, seorang netizen lain bernama @misqajelita menyatakan bahawa lembu yang berjisim kurus seperti apa yang diperoleh AJK masjid berkenaan hanya mampu dimasak menjadi sekadar sup tulang sahaja.
“Lembu kurus gitu korban jadi sup tulang boleh lah. Nak sedekah daging tu mahu dapat satu layar je,” tulisnya dalam ruangan komen memberi pendapat.
Rasanya, apa-apa sekarang haruslah dibuat perjanjian hitam putih. Banyak isu seperti memesan yang lain tetapi dapat yang lain berlaku kan?
Lagi-lagi untuk ibadah dan tujuannya memang ingin berkongsi rezeki dengan yang memerlukan. Memang aniaya lah kalau ditipu sebegitu rupa.
Sumber: PU Rahmat
Baca juga: Sultan Kelantan Sertai Majlis Korban, Guna Lembu Baka Charolais Milik Baginda