Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dato’ Ismail Sabri Dakwa Kenyataan Makcik Goreng Pisang Diputarbelit, Ini Penjelasan Sebenar

Dato’ Ismail Sabri Dakwa Kenyataan Makcik Goreng Pisang Diputarbelit, Ini Penjelasan Sebenar

Kategori:
makcik goreng pisang

Semalam, media serta orang ramai kecoh dengan kenyataan Dato’ Ismail Sabri Yaakob tentang anologi penjual pisang goreng yang menyalahgunakan pembelian minyak goreng subsidi untuk penggunaan komersial.

Susulan hal itu, Dato’ Ismail Sabri tampil membetulkan semula fakta yang diputarbelit oleh beberapa pihak menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook miliknya semalam.

Dato’ Ismail Sabri Dakwa Kenyataan Makcik Goreng Pisang Diputarbelit, Ini Penjelasan Sebenar

Beliau berkata, ada pihak yang cuba memutarbelitkann kenyataannya berkenaan minyak peket yang digunakan makcik goreng pisang. Dalam kenyataannya, dia menegaskan sebenarnya minyak peket yang bersubsidi adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

makcik goreng pisang

“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpeket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak peket.

“Bukan sesuatu yang mudah, tetapi ada perkara-perkara yang perlu pertimbangkan. Tetapi kerajaan tidak berdiam diri. InsyaAllah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya menerusi kenyataan Facebook semalam.

makcik goreng pisang

Kerajaan Tak Berdiam Diri, Tidak Sampai Hati Saman Peniaga Kecil

makcik goreng pisang

Untuk rekod, dalam sidang Dewan Rakyat semalam, beliau yang juga Ahli Parlimen bera mengakui subsidi bersasar masih belum boleh dilaksanakan. Tetapi, mekanisme sesuai sedang dirangka supaya tidak ada mana-mana pihak yang tercicir.

Ini kerana, katanya masih terdapat beberapa faktor yang menyebabkan subsidi bersasar tidak dapat dilaksankan dengan berkesan. Ia termasuklah pemberian subsidi terhadap minyak masak berpeket.

“Yang susah nak kawal, minyak masak peket untuk kegunaan rumah tetapi pengusaha-pengusaha restoran besar menggunakan dan satu lagi agak sukar nak kawal, tak sampai hati nak ambil tindakan terhadap makcik yang jual pisang goreng.

“Mereka tak boleh gunakan minyak masak untuk kegunaan jual pisang goreng itu salah, sebab minyak peket tidak boleh untuk komersial.

“Tapi adakah penguatkuasa nak saman makcik atau rampas minyak masak mereka? Nanti dituduh kerajaan zalim pula kepada rakyat yang miskin ini yang nak menjual. Kais pagi makan pagi,” ujarnya menyanggah fitnah berkenaan makcik goreng pisang.

Minyak Paket Subsidi Untuk Kegunaan Domestik, Bukan Komersial

makcik goreng pisang

Sehubungan itu, Ismail berkata, ada perkara yang perlu dipertimbangkan tetapi kerajaan tidak berdiam diri sebaliknya akan melakukan yang terbaikk untuk kepentingan negara.

Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

Sumber: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Baca juga: Jual Minyak Peket Hingga RM3.50 Sebungkus, Peniaga Berdepan Denda RM1 Juta

tags: | |