Masak sambal memang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia kerana dah kena dengan selera tekak orang kita kan? Sambal bilis, sotong, udang, telur dan pelbagai jenis lauk lain menjadi piliihan yang digandingkan dengan nasi putih.
Baca je dah buat perut berbunyi. Tetapi tahukah anda, untuk setiap penyediaan sambal dengan lauk berbeza, ia mempunyai cara penyediaan yang berbeza untuk setiap lauk. Ini kerana, setiap lauk mempunyai kepejalan dan bentuk berbeza untuk membuatkan ia masak.
Jadi, dengan perkongsian oleh salah seorang pengguna Facebook, Putra Bugis Temasek ini, kita dapat rujuk dan bandingkan cara penyediaannya. Dia telah membuat penyeliidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tips dan petua ini dikumpul untuk rujukan bersama. Mari kita rujuk bersama untuk tips beza masak sambal ini!
Beza Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang! Ini Tips Penyediaan Dan Petua Tepat!
Sambal Bilis
- Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikiit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya. Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dan masin.
- Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan dan ketepikkan. Kemudian tumis lada kering.
- Apabila dan masak baru masuk air asam, gula, garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato, dadu dengan belacan sedikit.
- Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
- Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru masukkan balik.
Sambal Sotong
- Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
- Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
- Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong, baisanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dan nak masak baru saya masukkan semula.
Sambal Udang
- Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal. Elakkan menggunakan cilii boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak dehingga betul-betul garing.
- Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun atau cukanya.
- Selain itu api juga haruslah kecil dan tumis sehingga naik minyak, Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalized. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik serta punya rasa sedap.
- Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
- Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
- Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup. InsyaAllah mana-mana masakan yang memerlukan cili, sambal, asam pedas akan lebih sedap.
Begitulah sedikit petua yang boleh dirujuk berkaitan beza masak sambal ini. Nama sambal je sama kan? Tapi memang berbeza cara penyediaannya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Putra Bugis Temasek
Baca juga: Bosan Dengan Siakap Stim? Ini Resepi Masak Siakap Asam Jawa Ala Thai, Rasanya Lain Dari Yang Lain