Dalam kegawatan ekonomi ketika harga barang naik, ramai sedang bergelut untuk berbelanja bagi menghadapi hari-hari dalam hidup.
Misalnya, harga bahan mentah seperti minyak masak, telur dan juga ayam segar mengalami kenaikan harga yang tinggi bergantung kepada tempat dan lokasi. Sedangkan, bahan-bahan tersebut adalah bahan yang ruji dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam ketegangan ini, Rosyam Nor yang merupakan pemilik bersama pasaraya ST Rosyam Mart Sdn Bhd ingin meringankan beban rakyat dengan menawarkan harga tidak masuk akal untuk pembukaan ST Rosyam Mart.
Cawangan baharu itu akan dibuka di lokasi Sungai Buloh pada tarikh pembukaan 25 Julai 2022.
Pengumuman itu telah tular di Twitter melalui perkongsian seorang netizen yang memuatnaik video Rosyam Nor bersama pekerjanya memaklumkan hal demikian.
Melalui perkongsian marketing tersebut, Rosyam Nor mengumumkan bahawa ST Rosyam Mart akan menjual ayam mentah seekor dengan harga 88 sen kepada pengunjung. Ia bagi merayakan pembukaan pasar rayanya di cawangan demikian pada Isnin ini.
Menurut netizen, videonya mempunyai elemen marketing yang menarik dan dekat dengan pengguna. Pasukan marketing mereka menggunakan hashtag yang catchy seperti #berbelanjadistrosyammartdompetabangselamat.
“Nak sangat bawah seringgit, 88 sen. Make sure korang ada duit 5 sen dan 1 sen. Satu ekor ayam 88 sen, okay,” katanya dalam video tersebut.
25/7/2022. Jangan lupa.. pic.twitter.com/HmlW0PcKh7
— JalaI Misai (@jllmisai) July 21, 2022
Meninjau komen netizen, rata-rata bersyukur dan tidak sabar untuk menyerbu ST Rosyam Mart pada Isnin ini. Mereka menyatakan hasrat syukur dan menarik nafas lega kerana boleh berbelanja dengan harga yang tidak masuk akal itu.
Misalnya, mengambil salah satu komen netizen, dia berkata “risau, baru opening dan runtuh kedai Datuk Rosyam Nor kita. Tahu-tahu lah orang kita punya gila macam mana. Tapi apa pun, semoga dipermudahkan urusan nanti. Terbaik Datuk Rosyam,” komennya.
Selain itu, ada juga netizen yang memberi komen tentang kerisauan beratur panjang dan orang-orang yang membeli dan menjual kembali dengan harga mahal.
Sumber: Jilmisai