Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Perniagaan Daging Anjing Berkembang Pesat, Kira-Kira 7 Peratus Penduduk Indonesia Makan Daging Haiwan Ini

Perniagaan Daging Anjing Berkembang Pesat, Kira-Kira 7 Peratus Penduduk Indonesia Makan Daging Haiwan Ini

Kategori:

Anjing merupakan antara haiwan yang sangat tinggi nilai kesetiaannya. Kesetiaan kepada tuannya memang luar biasa. Oleh kerana itu ramai yang menggunakan anjing ini untuk menjaga keamanan tempat tinggal dan keselamatan tanaman serta ternakan.

Malah ramai dalam kalangan orang yang bukan Islam akan memelihara haiwan ini dan menjadikannya haiwan kesayangan. Tidak kurang juga ada yang suka dan amat menggemari akan daging binatang ini.

Selain daging babi, daging anjing merupakan antara makanan kegemaran bagi sesetengah individu yang bukan beragama Islam. Bukan sahaja di negara barat, namun di Indonesia juga ada yang sangat gemar akan daging haiwan ini.

Kira-kira 7 peratus penduduk Indonesia makan daging anjing

Menurut Al Jazeera, dianggarkan kira-kira 7 peratus daripada 270 juta penduduk Indonesia memakan daging anjing. Walaupun ia telah dibantah oleh kumpulan hak asasi haiwan namun ia tetap berkembang pesat di Medan, Indonesia.

Sewaktu pihak Al Jazeera menemu ramah beberapa pelanggan di sebuah restoran yang menyediakan daging haiwan ini, kata salah seorang pelanggan di situ, makan daging anjing adalah lebih mudah.

“Hari ini saya makan anjing kerana saya lapar”, kata Sihombing kepada Al Jazeera sambil menikmati daging anjing panggang di restoran Lau Dimbo Simalem di Medan, Sumatera Utara.

Menurut pelanggan lain juga, makan daging ini membuatkannya berpeluh kerana daging binatang ini akan membuatkan tubuh badan si pemakan terasa panas.

Di Indonesia, kira-kira 87 peratus penduduk beragama Islam dan 9 peratus penduduk beragama Kristian. Daging anjing ini pula kerap dimakan di kawasan yang mempunyai ramai populasi Kristian seperti Sumatera Utara, Sulawesi Utara dan Nusa Tenggara Timur.

Walaupun kumpulan hak asasi haiwan membantah perdagangan haiwan ini kerana ia boleh menimbulkan risiko kesihatan awam seperti wabak rabies, namun tetap ramai rakyat Indonesia menganggap daging binatang ini tiada bezanya dengan ayam atau daging lembu. Justeru, mereka menolak cadangan bahawa ia perlu diharamkan.

Bahkan menurut penulis dan aktivis makanan di Mollo, Nusa Tenggara Timur yang dikenali dengan nama Dicky Senda. Perdagangan daging binatang ini telah berkembang pesat di wilayah itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Munculnya pelbagai gerai yang menjual daging binatang ini

Ia dapat dibuktikan dengan munculnya pelbagai gerai menjual daging anjing yang dimasak dengan adunan rempah aromatik. Menurut Dicky lagi, tidak dapat diketahui bila trend makan anjing ini bermula memandangkan binatang ini adalah haiwan penting dalam budaya Millo. Ia dianggap sebagai kawan dan saudara.

Betapa popularnya restoran daging binatang ini di Nusa Tenggara Timur sehinggakan para peniaga terpaksa bergelut dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan daging ini.

Ekoran itu ia telah mencetuskan beberapa situasi yang kurang menyenangkan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab meracuni anjing di jalanan. Mereka akan memberi anjing berkenaan makan makanan yang dicampur kalium dan menyebabkan anjing tersebut tidak sedarkan diri. Walaupun begitu, dagingnya tetap tidak terjejas.

Sumber: Al Jazeera

Baca juga: “Diaorang Tak Check Ke Apa..” Pasar Raya Ini Masih Jual Aiskrim Expired, Ramai Cakap Pernah Terkena

tags: |