Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Santan AirAsia Perkenal Nasi Lemak On-The-Go, Nasi Lemak Bungkus Dengan Rasa Hebat Yang Sama!

Santan AirAsia Perkenal Nasi Lemak On-The-Go, Nasi Lemak Bungkus Dengan Rasa Hebat Yang Sama!

Kategori:

Keenakan Nasi Lemak Pak Nasser dari Santan sememangnya cukup terkenal dalam penerbangan AirAsia. 

Ia juga merupakan menu Santan yang paling popular baik dalam penerbangan mahupun di restoran. 

Buktinya, nasi lemak yang super sedap ini berjaya dijual kira-kira 1,000 hidangan setiap hari! Bilangan ini juga dijangka akan meningkat sehingga 4 kali ganda menjelang 2026. 

Santan AirAsia Perkenal Nasi Lemak On-The-Go 

Atas sambutan yang cukup memberangsangkan daripada pelanggan, restoran Santan kini melancarkan menu khas terbaharu iaitu nasi lemak bungkus yang dinamakan Nasi Lemak On-The-Go. 

Nasi lemak yang dibungkus dalam bentuk piramid ini ditawarkan dengan harga RM 4.90 sahaja. Cukup sesuai bagi yang ingin nikmati sarapan yang ringkas dan lazat! 

Santan AirAsia

Bungkusan Berbeza, Rasa Hebat Yang Sama! 

Meskipun bungkusannya berbeza, namun ia tetap menjamin rasa hebat yang sama!

Dengan adanya nasi lemak dengan bungkusan mudah ini, ia lebih mudah untuk dinikmati bila-bila masa dan di mana saja! 

Menurut Pengurus Besar Santan AirAsia, Catherine Goh, Nasi Lemak Pak Nasser yang kini dipertingkat dengan padanan Ayam Goreng Berempah juga bakal menarik ramai lagi penggemar nasi lemak di Malaysia. 

Santan AirAsia

Menu Terbaru Santan Bermula RM 9.90

Selain menawarkan juadah dengan citarasa tempatan, baru-baru ini Santan juga memperkenalkan menu terbaru iaitu Nasi Padang yang popular di Indonesia serta variasi burger yang memikat selera. Nikmatilah hidangan ini dengan harga bermula dari hanya RM 9.90 untuk menu a la carte. 

Santan AirAsia

Tawaran Hebat Sempena Pelancaran Nasi Lemak On-The-Go 

Sempena dengan pelancaran Nasi Lemak On-The-Go, Santan Airasia juga akan menawarkan sehingga 12,000 hidangan percuma menerusi Airasia Food dan 1 juta mata ganjaran dari Airasia Rewards. 

Jadilah pengguna Super App untuk peluang mendapat dua kali mata ganjaran secara automatik melalui fungsi “Snap & Earn”. Rebutlah peluang untuk dapatkan ganjaran terhad ini bagi semua pembelian di Santan AirAsia dari 27 Julai hingga 31 Oktober 2022. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan Nasi Lemak On-The-Go dan pelbagai hidangan dari restoran Santan dan Kafe Santan di 11 cawangan berikut :

  • AEON Shah Alam
  • IOI Mall Puchong
  • KL East Mall
  • Kompleks PKNS
  • NU Sentral
  • RedQ ( ibu pejabat AirAsia)
  • RedQ KL Sentral (Kafe Santan)
  • RedStation (Kafe Santan)
  • Setia City Mall
  • Sunway Pyramid
  • The Gardens MidValley (Kafe Santan)

Jangan lupa ikuti laman Facebook Santan AirAsia untuk ketahui promosi serta tawaran terkini khas buat anda! Jom ke Santan hari ini! 

 

tags: