Hidup sebagai gelandangan bukanlah satu hal yang manis ditelan. Perut perlu diisi untuk meneruskan hari-hari bagi kelangsungan hidup. Sokongan daripada orang sekeliling memang diperlukan daripada segi fizikal dan mental.
Biasanya, di sebalik hutan konkrit yang mencecah awan, ada sekumpulan gelandangan yang tinggal di celah-celah lorong bertemankan keheningan malam. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sememangnya pemurah dengan pemberian jika membicarakan bab tolong-menolong.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama Helmi Juhari, dia mengambil cabaran untuk mencabar diri hidup sebagai gelandangan bagi merasai sendiri apa yang dirasakan oleh golongan itu.
Menurutnya, jika memandang sudut realiti, menjadi gelandangan adalah hal yang sukar jika itu adalah pilihan terakhir yang perlu dihadap.
“Sumpah tak best jadi gelandangan. Lapar, sejuk, nyamuk, anjing kacau dan lain-lain. Kalau jumpa homeless korang bantu lah,” katanya.
Tambahnya, banyak pengajaran hidup yang diperoleh daripada pengalaman itu. Jangan menilai orang daripada luaran, misalnya. Kerana mat motor yang dianggap sebagai kutu jalanan adalah golongan yang datang memberi bantuan makanan kepadanya.
“Hari ni aku cabar diri untuk hidup menjadi homeless. Caj handphone dekat Shell. Sengaja aku bawa RM2 sahaja. Tapi sumpah menyesal. Sebab aku lapar gila. Aku tidur dekat Lebuh Pantai, sebab takda hotel yang RM2 semalaman.
“Tiba-tiba ada brader rempit hulur burger dan air yang dah diminum. Tapi aku ambil je, sebab lapar. Thank you brader,” ceritanya panjang dalam kisah menjadi gelandangan yang dikongsinya.
@helmi_juhari Sumpah x best hidup sbgai homeless. Lapar, sejuk, nyamuk, anjing kacau, dan lain2. Kalau jumpa homeless, korang bantu la. #CapCut #penang #cabardiri
@helmi_juhari Sumpah x best hidup sbgai homeless. Lapar, sejuk, nyamuk, anjing kacau, dan lain2. Kalau jumpa homeless, korang bantu la. #CapCut #penang #cabardiri ♬ Glimpse of Us – Joji
Meninjau ruangan komen netizen, ada yang berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka pernah menjadi gelandangan. Misalnya, ada netizen berkata bahawa dia pernah melalui pengalaman pahit jerih menjadi gelandangan di tempat perhentian bas.
“Ya, saya pernah rasa dengan husband, mak and baby baru 4 bulan. Saya tengah pregnant. Ada duit masa tu RM10 je., Baby tidur dekat bustop je,” luah netizen yang menggelarkan dirinya sebagai Hakak.
Melalui perkongsian ini, jelaslah bahawa dalam hidup yang serba tidak sempurna ini, janganlah menilai orang berdasarkan luaran. Ini kerana apa yang terkandung di dalam hati hanya Tuhan yang layak menghakimi.
Mari sebarkan kasih sayang melalui hal-hal yang kecil. Membantu orang dengan memberi makanan, menolong peniaga kecil misalnya membeli pisang goreng dan mengucapkan terima kasih kepada penjualnya.
Hal sebegitu dillihat kecil bagi sesetengah orang, tetapi tangan yang menerima akan merasa besar dengan kebaikan begitu.
Sumber: Helmi Juhari
Baca juga: Ganti Arwah Ayah Berniaga, Legasi Karipap Panas Diteruskan, Jom Bantu Adik Ini!