Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bungkus Teh Ais Kena Caj Tambahan 20 Sen, Ramai Netizen Tak Puas Hati Cakap Tak Patut..

Bungkus Teh Ais Kena Caj Tambahan 20 Sen, Ramai Netizen Tak Puas Hati Cakap Tak Patut..

Kategori:
caj tambahan 20 sen

Jika berkunjung ke kedai makan, pelanggan ada pilihan untuk makan di kedai tersebut atau membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang. Bagi sesetengah kedai makan, ada yang mengenakan caj lain jika kita membungkus makanan kerana diambil kira kos bekas makanan dan minuman.

Tetapi, menjadi persoalan dan perdebatan netizen, adakah ia patut dicaj asing atau disekalikan?

Bungkus Teh Ais Kena Caj Tambahan 20 Sen, Ramai Netizen Tak Puas Hati Cakap Tak Patut..

caj tambahan 20 sen

Seperti satu hantaran yang tular di Facebook semalam, sekeping resit yang dimuatnaik di laman Facebook Info Rakyat Kelantan (IRDK) mencetuskan perdebatan netizen. Ini kerana resit itu menunjukkan caj asing 20 sen dikenakan bagi setiap pembelian teh ais bungkus.

Melalui maklumat resit berkenaan, pelanggan berkenaan telah membeli teh ais berharga RM2.20 sebanyak 4 bungkus minuman. Dan, ia dicaj sebanyak 20 sen tambahan bagi setiap bungkusan menjadikan 80 sen secara total.

Jadi, untuk bungkusan air teh ais yang di-tapau oleh pelanggan di kedai makan tersebut, semuanya berjumlah RM9.60.

caj tambahan 20 sen

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersepakat dan bersetuju bahawa caj yang diasing sebegitu sememangnya tidak patut.

“Di Kelantan ke ni? Nasihat saya baik lah awak beli dekat kedai-kedai di tepi jalan di kawasan kampung. Ambil niat nak tolong orang kampung. Tak sampai macam tu pun harga dia,” kata salah seorang netizen bernama Joe Ijoey.

Selain itu, ada juga netizen mengatakan bahawa harga yang dicaj sudah memadai jika dibandingkan dengan kedai makan lain yang mengecaj teh ais dengan harga sehingga RM5.

“Kedai RM2 pun naik harga RM2.40 dah. Standard dah tu. KL pun dah ada RM2.80 bagi sebungkus teh ais. Sampai RM3 pun ada,” kata Anuar Kelah mengenai isu caj tambahan 20 sen itu.

Jadi, ramai netizen memberi pendapat berkenaan pengasingan caj seperti itu akan dirasakan beban kepada pelanggan. Ia sepatutnya disekalikan untuk menimbulkan salah faham caj yang seperti itu.

“Ada Cakap Harga Dah Okay, Ada Cakap Kenapa Tak Sekalikan Bayaran”

caj tambahan 20 sen

Kalau korang pula rasa macam mana untuk caj tambahan 20 sen ni?

Sumber: Facebook

Baca juga: Dari Dapur Hotel 5 Bintang Kepada Dapur Penjara Kajang, Chef Roy Buka Mata Orang Ramai Dengan Kisahnya..

tags: | |