Asid benzoik adalah antara bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan yis bagi memanjangkan jangka hayat penyimpanan makanan.
Pada amnya bahan pengawet ini selamat untuk digunakan sebagai bahan tambah di dalam makanan, tetapi pada kepekatan yang dibenarkan. Mengikut Akta Makanan (1983), kepekatan asid benzoik atau natrium benzoat yang dibenarkan adalah dalam julat 350 mg/kg hingga 2000 mg/kg.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, sebuah produk kicap dari Malaysia telah ditarik balik oleh negara jiran, Singapura kerana asid benzoik melebih had seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura.
Menururt Agensi Makanan Singapura (DFA), penggunaan asid benzoik tidak diisytiharkan pada label pembungkus makanan produk – Kicap Jenama Bunga Tangan.
“SFA sudah mengarahkan penngimport, Heng Yoon Trading Pte Ltd untuk menarik balik produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.
“Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA menerusi laman Facebooknya pada Jumaat berkenaan Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia.
Di bawah Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan makanan tambahan dengan had tertentu dibenarkan untukk digunakan, menurut SFA.
SFA memaklumkan penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas tidan mungkin menjadi kebimbangan, terutamanya kerana kicap bukan makanan ruji yang diambil pada kadar berlebihan.
Sebelum ini, pada Julai lalu, Singapura juga telah menarik balik produk kek pisang ‘Goods’ yang dijual di republik itu. Ini kerana kandungan asid sorbikk melebihi had maksimum dibenarkan dalam produk kek pisang ‘Goods’.
Pengambilan produk yang terjejas tidak mungkin menimbulkan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana ketoksikan yang rendah,” menurut SFA.
Sumber: Harian Metro