Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Menangis Cakap Tak Ada Customer,” Ibu Ini Bergegas Ke Tempat Kerja Anak, Datang Beri Sokongan Emosi

“Menangis Cakap Tak Ada Customer,” Ibu Ini Bergegas Ke Tempat Kerja Anak, Datang Beri Sokongan Emosi

Kategori:
beri sokongan emosi

Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Anak-anak menjadi sebab ibu bapa kuat apabila melihat anak-anak bahagia. Tambahan lagi, kerisauan akan bertambah jika anak-anak tergolong dalam golongan yang istimewa.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita yang juga ibu kepada seorang anak autistik melalui video perkongsian di laman TikTok, dia menceritakan bagaimana kerisauan seorang ibu apabila ditelefon oleh anaknya yang sedang bekerja dan menangis.

“Menangis Cakap Tak Ada Customer,” Ibu Ini Bergegas Ke Tempat Kerja Anak, Datang Beri Sokongan Emosi

beri sokongan emosi

Difahamkan, anaknya yang menghidap penyakit autisme diberi peluang untuk bekerja di restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC). Kebetulan pada hari kejadian, operasi dapur di tempat kerjanya harus diberhentikan buat seketika kerana paip tersumbat. Dari situlah kisah itu bermula.

“Tak mudah nak jaga emosi anak bujang seorang. Along call menangis-nangis tak ada customer harini. Alkisahnya kitchen terpaksa shutdown sebab paip sumbat so tak boleh nak  teruskan production. Sementara baiki so tak boleh terima customer.

“Bila dah menjadi rutin, tiba-tiba rutin dari kerja banyak terus tak ada kerja. Along jadi gelisah dan susah hati. Walaupun sudah ditenangkan dalam phone, hati ibu kan,” ceritanya dalam kisah ibu datang beri sokongan emosi kepada anak menghidap autisme.

Tambahnya lagi, selepas menerima panggilan itu, dia terus bergegas ke sana kerana sokongan melalui telefon tidak cukup untuk memadamkan kerisauannya.

Anak Autistik Sering Gelisah Jika Kerja Rutinnya Tergendala

beri sokongan emosi

“Lepas solat terus bergegas bagi support emosi anak bujang supaya tak meltdown. Nampak luaran macam okay tapi tidak dalamannya walau dikatakan manjakan anak.

“Yang punya anak istimewa je tahu macam mana nak handle this kind of situation. Bukan hanya sekadar ucapan tapi sentuhan itu sangat comfort pada mereka,” ceritanya lagi.

Melihat ruangan komen, ramai yang juga merupakan ibu bapa anak yang menghidapi autisme berkongsi pengalaman seakan sama. Anak istimewa memerlukan perhatian lebih dan mereka sememangnya boleh diharapkan untuk bekerja.

Seperti kata pengetua IDEAS Autism Centre, Sharifa Salleh pernah berkata, penghidap autisme sebenarnya mampu untuk memenuhi pasaran kerja sekiranya kemahiran mereka diasah dan diberi peluang untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan.

@mamacheputeh Hanya yang sekasut saja yang memahami #autismawareness ♬ original sound – Nuha Bahrin

Penghidap Autisme Mampu Memenuhi Pasaran Kerja, Harus Diberi Peluang

“Faham, akak pun ada anak sulong autisme 17 tahun. Memang sangat-sangat bertanggungjawab dengan tugas diberi. kalau tak dapat setel, risau semacam. Kita jug yang kena tenangkan,” kongsi seorang ibu bernama Ruzita Yahya.

beri sokongan emosi

Daripada kisah beri sokongan emosi kepada anak menghidap autisme ini, kita semua dapat mengambil banyak pengajaran. Semoga anak-anak istimewa ini terus diberi peluang dan akses-akses yang perlu dimiliki oleh mereka sebagai golongan istimewa oleh pihak berwajib.

Anak-anak autisme sejujurnya mengajar banyak erti hidup. Tuhan hadirkan mereka untuk melengkapi hidup kita dan mengajarkan kita sesuatu. Semoga terus berjaya semuanya.

Sumber: Ella Ahmad

Baca juga: “Hidup Ini Keras..”, Baru 2 Minggu Berniaga Sudah Diuji, Peniaga Mi Sup Champa 3 Beradik Dapat Perhatian Ramai

tags: | |