Mengikut data dan statistik, di seluruh dunia terdapat 1.2 bilion Orang Kurang Upaya (OKU), mewakili 15 peratus daripada populasi global. Jika di Malaysia, dianggarkan terdapat 4/5 juta OKU walaupun sehingga September 2021 terdapat 611,939 OKU yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Kebaijikan Masyarakat (JKM).
Begitu pun, jika terdapat begitu ramai OKU, kenapa nampak sedikit di negara ini? Konvensyen Hak OKU mengesahkan perlindungan luas untuk OKU dalam hak untuk hidup, kebebasan daripada diskiriminasi, pengiktirafan sama rata di hadapan undang-undang. Untuk akses kepada keadilan pendidikan, pekerjaan dan kesihatan.
Seperti kisah yang tular minggu ini, seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Kamarul menceritakan bagaimana pihaknya menyuarakan hak pesakit OKU yang selalu didiskriminasikan kerja kepada syarikat-syarikat besar.
Hasilnya, syarikat beli-belah Mydin adalah syarikat yang memberi maklum balas positif atas surat yang diutarakan itu. Pengarah Urusannya, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin memberi sokongan dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU dan secara tidak langsung membuka rezeki kepada mereka yang memerlukan.
“Semasa saya kerja di Jabatan Perubatan Rehabilitasi di hospital dulu, antara perkara unik kami lakukan adalah menulis surat kepada syarikat² besar untuk pertimbangkan ambil pesakit OKU kami untuk bekerja. Antara yang sangat mengalukan pekerja OKU adalah Mydin Malaysia.
“Ada beberapa pesakit yang saya usulkan bekerja di Mydin Malaysia, antaranya seorang pesakit serebral palsi. Beliau ada masalah pergerakan dan kognitif. Buat kerja memang perlahan kerana masalah kawalan motor kasar + halus, dan tak mampu menerima arahan yang bersiri (sequential).
“Mydin balas surat saya dan kami berjumpa untuk penerangan lanjut. Beria-ria saya saya jelaskan kenapa pesakit saya perlu bekerja. Bekerja adalah punca pendapatan, bekerja adalah satu bentuk terapi. Bekerja adalah ibadah. Ia memberi sebab dan matlamat kepada kehidupan.
“Tapi Mydin ambil beliau bekerja dengan gaji yang sama dengan pekerja biasa. Saya sangat hargai. OKU perlukan kerja untuk meneruskan hidup. Namun tak semua majikan terima OKU kongsinya tentang kisah Mydin beri peluang pekerjaan untuk golongan OKU.
Tambahnya, hal itu mungkin terlihat biasa pada pandangan orang ramai, namun untuk pesakit dan emaknya, ia berita yang membanggakan. Bukan mudah warga OKU menadpat peluang untuk bekerja. Setahunya, sudah 5 tahun pesakitnya bekerja
“Jadi apabila ada syarikat seperti Mydin, yang sudi menawarkan kerja pada OKU dengan kekurangan upaya yang ketara, saya rasa amat bersyukur. Semoga Mydin kekal maju dan terus berkembang,” katanya lagi dalam hantaran Mydin beri peluang pekerjaan untuk golongan OKU.
Semasa saya kerja di Jabatan Perubatan Rehabilitasi di hospital dulu, antara perkara unik kami lakukan adalah menulis surat kepada syarikat² besar untuk pertimbangkan ambil pesakit OKU kami untuk bekerja.
Antara yang sangat mengalukan pekerja OKU adalah @MydinMalaysia
Cont.. pic.twitter.com/RIuScrkdjj
— Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) October 19, 2022
Meninjau ruangan komen, ramai netizen dan orang ramai yang menyokong penuh tindakan syarikat Mydin yang banyak meringankan beban rakyat dan memberi kehidupan baru kepada warga OKU terutamanya.
“Moga pasaraya Mydin terus berkembang baju dan pengusahanya berjaya dunia akhirat,” kata salah seorang netizen bernama Wan Zaida.
Melalui kisah Mydin beri peluang pekerjaan untuk golongan OKU ini, diharap banyak lagi syarikat besar yang memberi peluang pekerjaan yang sama. Mereka tidak patut didiskriminasikan kerana hidup merupakan satu pelengkap untuk semua orang. Saling melengkapi dengan sebaran ihsan dan empati yang tinggi.
Sumber: Dr Kamarul