Harga makanan dan minuman meningkat pada kadar 7.3 peratus berbanding 7.1 peratus bulan sebelumnya. Dengan kadar inflasi pada empat peratus disebabkan kenaikan harga makanan terutama berasaskan ayam dan tepung mengikut data Jabatan Perangkaan.
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, inflasi dijangka kekal tinggi 2023 berikutan tekanan permintaan dan kos, harga komoditi global akibat konflik di Ukraine dan gangguan bekalan berlarutan yang ketika ini ditangani oleh kawalan harga dan subsidi.
Seperti video yang tular semalam, video peniaga crepe terkenal, Kieda Crepe meluahkan rasa kebimbangan terhadap harga makanan yang semakin mahal. Menurutnya, semalam dia telah pergi membeli barangan keperluan untuk perniagaannya dan bahan seperti susu dan milo naik mendadak.
“Hari ni seharian kerja. Lari mari beli susu-susu. Van baru pun penuh, van ini pun penuh. Penuh dengan barang yang memang nak makan. Barang naik mendadak. Mahai nak mampuih, nak marah tapi kena beli juga pasal memang benda pakai.
“Susu sebelum ini RM4 lebih, sekarang sampai RM6 lebih. Kieda pakai susu Dutch Lady. Kadang-kadang guna Goodday. Jenama Goodday pun sampai RM7. Semua perkakas mahhal. Milo dulu RM16, sekarang sekilo RM19.78.
“Crepe Kieda je tak naik harga lagi, Kieda tak tahu lah kemudian macam mana. Doa Kieda murah rezeki sahaja. Boleh?”, luahnya dalam video harga barang keperluan makin mahal.
https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7184004870238686490?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@kiedacrepeBarang mahai nak mampuihh ohh , nak marah tapi kena beli juga pasai memang benda pakaiii♬ original sound – KiedAmy
Melihat kepada ruangan komen netizen, ada yang meluahkan keluhan yang sama. Dan, tidak kurang juga ramai netizen yang mendoakan agar perniagaannya laku dan tidak menaikkan harga jualan.
“Milo dekat 99 Speed Mart murah,” kata netizen bernama Liyana Zakaria memberi cadangan supaya Kieda membeli Milo di sana dalam kisah luahan harga barang keperluan makin mahal berkenaan.
“Sekarang inflasi belum habis lagi. Masa aku kecil-kecil dulu pun mak aku kata barang mahal. Masa tu tahun 90-an.” kata seorang lagi netizen dengan nama Syam Syamsul berkenaan luahan Kieda terhadap harga barang keperluan makin mahal berkenaan.
Terbaharu, Kementerian Ekonomi berjanji untuk membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara untuk menyuntik keanjalan harga dan bekalan sebagai salah satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang.
Semoga diberi kekuatan buat semua peniaga-peniaga kecil di luar sana.
Sumber: Kieda Crepe