Pada 7 Januari lalu, Skuad Harimau Malaya meraih bekalan tipis apabila berjaya mengalahkan juara bertahan, Thailand 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalill.
Mereka membanggakan rakyat Malaysia dengan kemenangan tersebut. Tetapi, ada satu hal yang mengecewakan banyak rakyat Malaysia lain apabila penyokong Harimau Malaya ataupun dikenali sebagai Ultras Malaya meraikan kemenangan tersebut dengan perilaku yang tidak senonoh.
Bukan menunding jari kepada semua, tetapi ada sebahagian daripada mereka membaling gelas yang berisi sos kepada penyokong lain yang sedang sibuk bersorak.
“Okay gang, air sos. Kita tengok siapa yang kena guys,” kata salah seorang daripada Ultras Malaya berkenaan sambil memberikan aksi membaling gelas berisi sos tersebut kepada khalayak ramai.
— bluerghhh (@CrossedKom) January 9, 2023
Oleh kerana video itu tular di media sosial, ia menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen yang melihat video tersebut. Kata mereka, budaya itu tidak patut dibuat oleh Ultras Malaya kerana ada banyak cara lain lagi untuk mempamerkan semangat sebagai penyokong.
“Ni je level kita. Japanese football fans punya gigih kutip saampoah satu stadium lepas habis match. Geng kita lagi bangga baling sampah. Dah la baling sos pulak tu,” ujar netizen meluahkan rasa kecewa dengan aksi Ultras Malaya.
tengok la beza kita dengan Jepun, dorang enjoy kutip sampah tapi kita enjoy buang sampah 🥴pic.twitter.com/yRlJBHDBlf
— izzi beraya (@IzzraifHarz) January 9, 2023
“Patutlah negara kita masih tertinggal dekat belakang. Macam ni level pemikiran rakyat kita. Malu nak mengaku rakyat Malaysia macam ni. Pengotor,” kata Uyun Zahra juga meluahkan rasa kecewa kepada aksi ulltra Malaya yang membaling sos di khalayak ramai berkenaan.
“Itu dekat seat Ultras Malaya je. Dekat seat lain penonton takda bodohhh macam tu buang sampah,” kata netizen.
Semoga hal ini tidak berlarutan lagi kerana ada banyak cara untuk meraikan kegembiraan dan kepuasan di stadium. Bukan semua punya perangai sebegini. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Belajarlah untuk lebih beradab.
Sumber: Twitter