Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan hantaran video seorang gadis di TikTok bersama rakannya yang mendapat shawarma percuma.
Ia menjadi perbualan hangat apabila video yang dipaparkan mengisahkan mereka mendapat shawarma percuma dengan hanya bermodalkan muka yang cantik bersama pickuplines yang diberikan kepada pekerja shawarma terbabit.
“Best kan jadi cantik? Bagi pickuplines je settle,” katanya dalam hantaran video di TikTok ketika berkunjung ke kedai shawarma yang terkenal di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kedai tersebut dinamakan Shawarma Damascus.
Akibat menerima banyak kecaman dan sindiran oleh netizen hingga ada yang berlebihan sehinggakan mencaci perbuatannya, gadis berkenaan tampil membuat kenyataan bahawa dia sedang melakukan kerjanya sebagai content creator untuk mempromosikan shawarma terbabit.
Menurutnya, ia adalah lakonan sahaja dan dia dibayar untuk membuat konten sedemikian.
@_erynamira Best kan jadi cantik @Kha.liesah , bagi pickuppine je settle 🤪
@_erynamira Best kan jadi cantik @Kha.liesah ♬ Vô Tư_Quyền Hải Phòng Remix – 𝘾𝙤̀🦩💋
“Malas nak caka banyak. Tapi thank you bagi free marketing dekat shawarma. Aku dibayar oleh shawarmaa untuk buat content promote ya. Ni kali kedua owner shawarma nak repat sebab content pertama blow up cuma takda pulak orang nak repost dekat Twitter eh?”, katanya dalam penjelasan terbabit berkenaan isu pikat pekerja shawarma Bukit Bintang untuk dapatkan shawarma percuma.
Melihat komen netizen, ada yang memberi sokongan positif dan ada yang sebaliknya berikutan penjelasan terbabit.
“Kau kena kental sis. Content viral dah tercapai objektif. Kau senyap je jangan balas apa-apa. Jangan terang apa-apa. Netizen ni fast pace. Esok lusa ada isu baru dorang tinggalkan kau punya. Cuma kalau nak run the hide, kau layan lagi. Tweet sedih ke, meroyan ke,” kata netizen bernama MSidek berkenaan isu shawarma Bukit Bintang tersebut.
“Dah lah guys jangan buli dia lagi, move on wwith your lives la,” komen netizen lain bernama Adam.
“Telan je lah nak buat macam mana, this is on you. We can always do better next time,” ciap netizen.
Sebagai kesimpulan daripada isu shawarma Bukit Bintang ini, mungkin ia boleh dijadikan pengajaran buat sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak. Seperti dalam kes ini, content creator boleh meletakkan label ‘paid content’ atau ‘sponsored content’ di ruang video.
Untuk netizen, menegur jangan sampai menghina, ya.