Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nestle Bakal Naikkan Lagi Harga Produk Tahun Ini, Mahu Pastikan Kos Operasi Terus Diimbangi

Nestle Bakal Naikkan Lagi Harga Produk Tahun Ini, Mahu Pastikan Kos Operasi Terus Diimbangi

Kategori: ,
Nestle

Jenama Nestle sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut sahaja Milo, Nestum, Nescefe dan makanan di bawah jenamanya, pasti dimiliki oleh kebanyakan orang di sini.

Nestle Bakal Naikkan Lagi Harga Produk Tahun Ini, Mahu Pastikan Kos Operasi Terus Diimbangi

Nestle

Terbaharu, Nestle dikhabarkan akan menaikkan lagi harga produk pada tahun ini. Ia bagi memastikan tekanan kos operasi terus dapat diimbangi. Jadi, Nestlé memaklumkan harga produk pengeluarannya bakal alami kenaikan pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mark Schneider pada laporan Reuters, dalam tempoh ini – terdapat beberapa pelan operasi akan dilaksanakan. Pihaknya akui paras inflasi di sebahagian ekonomi negara maju yang lebih tinggi telah didiorong akan kenaikan harga makanan dan tenaga.

Nestle

Maka tindakan pelarasan harga produk ini dilihat setimpal dengan tekanan semasa, untuk jenama terus konsisten dalam penawaran pasaran.

Bercakap kepada sebuah akhbar Jerman, Ketua Eksekutif Nestle, Mark Schneider, berkata kenaikan itu tidak akan setinggi seperti tahun lalu.

“Kami mempunyai beberapa usaha untuk dilakukan sepanjang tahun ini,” kata Schneider seperti dipetik Frankfurter Allgemeine Zeitung dalam temu bual.

Kenaikan Tidak Akan Setinggi Seperti Tahun Lalu

Nestle Nestle

Dalam sembilan bulan pertama 2022, pengeluar makanan terbesar dunia, yang membuat coklat bar KitKat dan Nescafe melaporkan pertumbuhan jualan organik sebanyak 8.5 peratus, yang mana kenaikan harga menyumbang 7.5 mata peratusan.

Kadar inflasi di banyak negara maju menyaksikan berada pada paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad, didorong sebahagian besarnya oleh kenaikan harga makanan dan tenaga.

Meskipun tidak dimaklumkan jumlah peratusan kenaikan, situasi secara langsung turut dijangka akan membawa perubahan pada harga di pasaran Malaysia.

Sumber: Reuters

Baca juga: Kontraktor Cleaning Service Kongsi Tips Bersih Lantai Guna Pencuci Pinggan, Hasil Berkilat Dan Cantik!

tags: |