Baru-baru ini, tular gambar di media sosial terutamanya Facebook tentang perbincangan bahayanya lokcing atau makanan dari Thailand seperti sosej, bebola daging dan sebagainya.
Ia menjadi perbualan hangat apabila berita daripada Cambodia mula tular kembali dengan menunjukkan sekumpulan pihak berkuasa sedang menahan pelbagai makanan lokcing yang dipercayai tercemar bahannya diseludup dari negara Thailand dan Vietnam.
Menurut akhbar portal KHMERE Times pada Julai 2022, polis yang beroperasi di wilayah sempadan terus membanteras penghantaran makanan dan ternakan haram dari negara jiran dengan kenderaan yang mengangkut bebola daging tercemar dari Thailand yang terbaharu ditahan.
Polis daerah Kamrieng menahan seorang lelaki dan menyita kenderaan yang mempunyai lebih dua tan bebola daging tercemar yang diimport dari Thailand.
Ketua Polis daerah Kamrieng, Leftenan Kolonel Ve Kimchat berkata, unit polis yang diketuainya memaksa sebuah kereta berhenti di kampung Boeng Raing wilayah Battambang, komune Boeng Raing di daerah Kamrieng pada Ahad.
Tambahnya, polis memeriksa kereta itu dan menemui lebih 2,000 kilogram bebola daging tercemar, yang padat dengan alat ganti kenderaan.
Pemandu, Sok Chan, 34, dari kampung Prakeab di wilayah itu, komune Rong Chrey di daerah Thmar Koul telah ditahan dan kenderaan itu ditahan.
Leftenan Kolonel Leang Meng Long, Balai Polis Pentadbiran Boeng Raing, berkata semalam bahawa terdapat sangat sedikit kes penyeludupan di daerah Kamrieng dalam enam bulan pertama tahun ini.
“Pegawai polis saya tidak berhak membanteras penyeludupan barangan tercemar, adalah tanggungjawab pegawai polis dari inspektorat polis daerah yang akan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang seperti ini.
“Kita hanya memantau dan melaporkan penyeludup, kemudian maklumkan kepada ketua polis daerah supaya segera datang mengambil tindakan terhadap penyeludup itu,” katanya.
Melihat kepada reaksi orang ramai terhadap gambar lokcing dan makanan yang tular baru-baru ini, ramai yang menasihati antara satu sama lain supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang berasaskan sedemikian rupa agar tidak menyesal di kemudian hari.
Sumber: KHMER Times