Menjelang Hari Raya, kebanyakan bazar-bazar yang menjual pelbagai alat kelengkapan persiapan raya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ia termasuklah penjualan baju raya selain makanan dan biskut raya yang terlihat banyak dijual di sana sini.
Seperti biasa, bazar Aidilifitri Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menjadi salah satu tumpuan peniaga dan pengunjung untuk meniaga dan membeli belah di situ.
Bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, tetapi pelbagai pilihan yang membolehkan rambang mata tersedia di sana.
Tetapi, tahun ini pelbagai keluhan daripada peniaga semakin terdengar apabila ramai pengjung hanya pergi untuk berjalan-jalan sahaja, tetapi tidak membeli.
Seperti perkongsian seorang netizen bernama Aizuddin Alif berkenaan isu terbabit, hantarannya mendapat perhatian ramai.
Katanya, peniaga di sana mengalami kerugian yang banyak apabila walaupun seminggu menjelang sambutan Hari Raya, jualan mereka masih jauh dari target.
Oleh itu, seorang lagi netizen dengan nama Pali di Twitter memberi reaksi kepada hantaran berkenaan dengan menyatakan faktor-faktor bazar sendu, misalnya bazar Jalan TAR.
Melihat kepada reaksi netizen pula, sememangnya faktor di atas dipersetujui daan menjadi sebab mengapa mereka mengurangkan pembelian di bazar Ramadan dan Aidilfitri.
“Sebab sekolah hari tu dah makan modal. Lepastu gaji belum lagi,” kata netizen.
“Dia jadi macam ni ssebab clash dengan sekolah. Tahun lepas raya saja tahun ni bertimpa kita nak berbelanja khusnya parent. Sekolah, raya. Belum campur yang kena renew roadtax kereta apa semua,” komen netizen lain dengan nama Syarafi tentang isu peniaga bazar mengadu jualan tak laku.
Bazar sendu, Jalan TAR sendu. Jadi kira berjayalah BNM naikkan OPR untuk kurangkan duit dalam pasaran.
Purchasing power turun.
Tapi beberapa sebab lain juga:
1. Gaji swasta selepas raya, byk keluarga habis barang sekolah anak.
2. Prefer shopping online sebab diskaun
Cont- https://t.co/5R4uyn8AEp
— Fadzli Nasir (@wolfipali) April 16, 2023
Mengambil kesimpulan peniaga bazar mengadu jualan tak laku ini, permainan strategi pemasaran boleh diambil ikhtibar kepada peniaga untuk merancang dengan lebih teratur jika tarikh hari raya jatuh seperti dalam situasi sekarang.
Dan, semoga urusan semua peniaga dipermudahkan.
Sumber: Twt_Bajet