Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Luah Perasaan Sedih Barang Dapur Cecah RM500, Tapi Netizen Pertikai Dia Ambil Jenama Mahal

Lelaki Ini Luah Perasaan Sedih Barang Dapur Cecah RM500, Tapi Netizen Pertikai Dia Ambil Jenama Mahal

Kategori:
barang dapur

Dalam dunia yang serba membangun ini, salah satu kemahiran yang perlu diterapkan adalah kemahiran menguruskan kewangan.

Membezakan antara keperluan dan kehendak adalah penting untuk tidak membebankan kewangan diri dan keluarga bagi kelangsungan hidup yang sejahtera.

Lelaki Ini Luah Perasaan Sedih Barang Dapur Cecah RM500, Tapi Netizen Pertikai Dia Ambil Jenama Mahal

Seperti sebuah gambar barang dapur yang dibeli oleh seorang lelaki di pasar raya telah tular di media sosial. Ini kerana, selepas dia meluahkan tentang barangan mahal yang dibelinya, ia mendapat perhatian netizen apabila ramai meninggalkan komen masing-masing.

Melalui gambar yang dikongsikan, lelaki berkenaan telah membeli barangan dapur dengan jumlah yang mencecah RM500 lebih. Antara barangan yang dibelinya adalah sabun pakaian jenama Top. sabun basuh pinggaan jenama Joy dan banyak lagi barangan seperti gambar di bawah. barang dapur

Dengan itu, netizen mempertikaikan keluhan yang diluahkan dengan menyatakan bahawa dia boleh berjimat apabila dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

Selain itu, barangan yang dibelinya juga boleh ditukar dengan barangan jenama yang berpatutan.

Seperti komen salah seorang netizen bernama Afyan, dia menyatakan masalah kewangan kebanyakan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup.

“Pewangi Glade bukan keperluan hidup.

“Sabun pencuci ada yang lebih murah dan jimat berbanding Joy.

“Tisu Royal Gold bukan keperluan. Keperluan sebenar sekadar kain buruk lebih memadai.

“Ramen Samyang dapat dijimatkan dengan Maggi paket. Kalau tak makan pun tak ada masalah.

“Pewangi  Ambi Pur? Vitagen?”, terangnya membalas dan mengulas isu kepada gambar terbabit. barang dapur

Tambahnya lagi, kos sara hidup sebenar mungkin tak sampai RM300 pun. Yang jadi mahal ialah kos gaya hidup.

Harus Beza Kos Sara Hidup & Kos Gaya Hidupbarang dapur

“Kalau memang mampu, tak ada masalah pun nak beli semua tu. Cuma hairan sikit kalau dah beli semua barangan mahal sedangkan ada yang lebih murah. duk kata ‘hidup ini keras'”, tambahnya.

Jadi, jom kita amalkan kewangan yang efisyen dan membezakan keperluan serta kehendak dalam menguruskan barang dapur salah satunya.

Dan, kerajaan juga perlu memantau harga barangan dari hari ke hari bagi tidak membebankan rakyat jika ada manipulasi dilakukan.

Semoga semuanya selamat.

Sumber: Afyan Mat Rawi, IFP

Baca juga: “Bila Lupa Mana Satu Kurang Gula” – Sketsa ‘POV’ Kelakar Ini Buat Orang Sekeliling Tenganga, Minta Jauh Dapat Pelayan Seperti Ini

tags: | |