Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sempena Musim Asyura Wanita Ini Kongsi Resipi Bubur Asyura Paling Sedap Ajaran Ibu, Sedap Buat Dari Beli

Sempena Musim Asyura Wanita Ini Kongsi Resipi Bubur Asyura Paling Sedap Ajaran Ibu, Sedap Buat Dari Beli

Kategori: ,
bubur asyura

Tradisi Bubur Asyura yang disambut sempena awal Muharram memberi satu mesej perpaduan yang amat penting dalam agama Islam. Tidak kira perbezaan dari segi ideologi politik dan kepentingan, semua berganding bahu untuk bersama-sama memasak dan berkongsi rasa.

Jika dilihat dalam bahan yang digunakan dalam penyediaan bubur Asyura, terdapat pelbagai simbolisme dan pesanan sosial terutamanya bagi mereka yang berfikir.

Bahan berasaskan beras selain dari dapat menjadi pengalas perut dalam tempoh lama turut mempunyai makna sosial yang penting dalam kesantunan Melayu. Ada pepatah Melayu menyatakan: jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Dengan kata lain, ia membawa pesanan sosial agar perlu ada sikap merendah diri, dan tidak sombong dan takabbur sebagai anggota masyarakat.

Jadi, dengan itu jom kita tengok perkongsian Junaidah Johari Jue tentang resipi ibunya untuk membuat Bubur Asyura yang sedap!

Sempena Musim Asyura Wanita Ini Kongsi Resipi Bubur Asyura Paling Sedap Ajaran Ibu, Sedap Buat Dari Belibubur asyura

Bahan-Bahan:

  • santan 1kg
  • kacang hijau 350 gram – rendam semalaman dan rebus
  • kacang kuda 350 gram – rendam semalaman dan rebus
  • jagung 2 tongkol
  • ubi 4 ketul sederhana
  • pisang – 10 biji
  • gula kabong atau gula gerek – 3 ketul
  • gula putih secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan santan, beras yang siap dikisar dan satu jag air.
  2. Kacau di atas api perlahan hingga betul-betul masak dan pekat.
  3. Masukkan gula kabung dan gula putih. Kacau.
  4. Masukkan sedikit garam.
  5. Kemudian masukkan ubi dan jagung.
  6. Jika bubur terlalu pekat, masukkan air panas sedikit-sedikit agar tidak terlalu lembut.
  7. Apabila ubi dan jagung dah empuk, masukkan bahan-bahan yang siap direbus dan pisang. Kacau hingga sebati.
  8. Dah siap bubur asyura resipi sedap ini!

Sukatan ini dapat 12 bekas saiz (8×8). Jika nak buat banyak atau kurang, hanya tambah dan sedikitkan bahan sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua! Selamat mencuba dan menikmati.bubur asyura

Sumber: Junaidah Johari Jue

Baca juga: Berjalan Ke Negara Thailand Buat Resipi Tom Yum Paling Padu, Resipi Tom Yum Goong Buat Ramai Orang Tergila-Gila

tags: |