Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 10KG Putu Halba Laris Ketika Banjir, Rezeki Tak Salah Alamat

10KG Putu Halba Laris Ketika Banjir, Rezeki Tak Salah Alamat

Kategori:
putu halba laris

Banjir memberi rezeki kepada seorang peniaga apabila putu halba yang dijualnya laris hingga 10 kilogram (kg) sehari di pekan Rantau Panjang di sini.

Azizah Abdul Rahman, 53, berkata, dia baru dua minggu menjual kuih tersebut sambil dibantu dua anaknya, Aisal Zailani, 18, dan Siti Nur Hafifi, 16.

Menurutnya, ini kali pertama dia berniaga dalam keadaan banjir yang memaksanya membawa barangan jualan di atas bot kerana laluan sejauh 50 meter dari rumah ke gerai sudah dinaiki air setinggi 0.5 meter.

10KG Putu Halba Laris Ketika Banjir, Rezeki Tak Salah Alamatputu halba laris

“Air baru naik petang semalam (Sabtu) dan saya masih lagi meneruskan jualan dengan menambah daripada 5kg kepada 10kg adunan putu halba.

“Jualan putu halba laris ini akan habis sebelum Asar atau lebih cepat lagi apabila hujan kerana ramai yang datang membeli putu halba,” katanya ketika ditemui di pekan Rantau Panjang di sini, pada Ahad.

Jualan Habis Sebelum Asar & Awal Lagiputu halba laris

Ujar Azizah, walaupun gerai itu terletak di tempat yang lebih tinggi, dia tetap berwaspada dan akan berhenti berniaga jika air terus naik.

Tambahnya, dia turut bersiap sedia untuk naik ke atas loteng rumah jika paras banjir lebih tinggi kerana terletak hanya 200 meter dari Sungai Golok.

“Buat masa ini, air naik perlahan tetapi tetap berhati-hati kerana bimbang jika air sungai naik mendadak.

“Banjir di kawasan ini berlaku setiap tahun, namun saya tidak pernah berpindah kerana sudah menyiapkan loteng untuk tinggal di atasnya,” ujar Azizah.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: “Baru Nak Support Sesama Melayu..”, Pelanggan Ini Kecewa Beli Nasi Lemak Tapi Dapat Nasi Impit, Sambal Pun Rasa Masam

tags: | |