Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baiknya Abang Askar Ni, Dah Bagi Air Tapi Patah Balik Sebab Nak Bagi Makanan Pulak Buat Pakcik Ini

Baiknya Abang Askar Ni, Dah Bagi Air Tapi Patah Balik Sebab Nak Bagi Makanan Pulak Buat Pakcik Ini

Kategori:
abang askar tolong pakcik

Dalam kehidupan ini setiap orang diberi rezeki dan ujian yang berbeza-beza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kelaparan dan kehilangan orang tersayang. Dan ada juga yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Itulah kehidupan tapi walau apa pun yang terjadi, tetaplah bersabar. Mungkin ada hikmah atas setiapa apa yang belaku.

Seperti perkongsian sebuah video dari pengguna laman Instagram iaitu Maslianadin yang mana memuat naik vvideo di laman TikToknya tentang satu kejadian yang pasti membuatkan orang ramai terharu, sedih, sebak dan sebagainya apabila menonton.

Video berkenaan dengan dua orang askar yang menolong seorang pakcik tua berhampiran McDonalds mengundang reaksi dan sebak orang ramai, termasuklah anak kepada wanita ini.

Peristiwa kemarin hampa.. Kemarin kebetulan k. Mas ada cod.. Elok nak keluar tengok minyak keta pulak takdak. Bawa la si kakak teman sekali.

Sampai kat Caltex Bayan, baru dapat pam yang depan sekali pesan kakak dok sat mama lama sikit kat dalam sebab nak transfer duit untuk stokis jamu. Habis dah semua isi minyak semua bagai masok jalan la kita pon..

Dok sat heran awat anak dara aku ni bersedih pulak..

Kata wanita ini rupa-rupanya anaknya itu terlihat dua orang askar yang sangat prihatin memabantu seorang pakcik di kawasan yang berdekatan dengan mereka. Kemudian dia mula berkongsian video yang diambil oleh anaknya itu untuk memudahkan mana-mana individu yang ingin membantu pakcik tersebut.

Awat, kak kenapa ni dia kata mma taksat pakcik tu kesian dia p kat orang-orang semua org buat taktau kat dia pastu dia duduk kat McD tu dok sat abang askar lalu bagi dia ayaq (air) pastu depa jalan depa patah balik depa bagi makan pulak.

Kak sedih tengok tadi sebab semua buat taktau kat pakcik tu.

Sebak nan nangis malu kat anak…

Kalau ambik mai mama nak buat tiktok kita ucap tima kasih kat abg askar tu..bole ramai-ramai doakan abang-abang askar tu..dia pon hbaq ada la kak buat video sambil menangis tau..

Sedihkan hampa mama dia yang dengar pon sebak nak nagis malu kat anak. Takpa nanti kita jumpa pakcik ni kita belanja dia makan..tu la kisah dia ampa kita dok rasa kita ni susah musim PKP ni ada lagi yang susah ampa..

https://www.instagram.com/p/CKiUX0Qj8eJ/?utm_source=ig_web_copy_link

Terima kasih abang askar kerana mempunyai hati budi yang baik. Semoga kebaikan abang askar dapat membuka pintu hati orang lain juga untuk melakukan kebaikan sesama manusia.

Sumber: Maslianadin

tags: |