Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Abang Bomba Sado Jual Kuetiau, Bihun 50 Sen, Jadi Tumpuan Pengunjung

Abang Bomba Sado Jual Kuetiau, Bihun 50 Sen, Jadi Tumpuan Pengunjung

Kategori:
bomba sado jual kuetiau

Kenaikan harga barang memang terasa hari demi hari. Akibat kenaikan harga barang mentah, ramai peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka. Ketika keadaan itu terjadi, pegawai bomba menjual pelbagai juadah berasaskan mi pada harga semurah 50 sen.

Abang Bomba Sado Jual Kuetiau, Bihun 50 Sen, Jadi Tumpuan Pengunjung

bomba sado jual kuetiau

Disebabkan harga murah itu, trak makanan Fire Kitchen Abang Bomba menjadi tumpuan pengunjung sempena Jelajah Aspiasi Keluarga Malaysia (AKM). Ia berlangsung di Kedah yang berlokasi di Satdium Darul Aman selama tiga hari bermula semalam.

Lebih menarik, anggota dan pegawai bomba bertubuh sasa atau ‘sado’ turut membantu melayani pelanggan yang sanggup berbaris panjang dalam keadaan hujan renyai untuk membeli juadah dan bergambar dengan mereka.

Seorang pengunjung, Aliah Ahmad, 34 dari Yan, berkata dia tertarik melihat ramai berbaris di trak makanan sebelum dimaklumkan harga menu di situ seperti mi, kuetiau dan bihun dijual anggota bomba pada harga 50 sen.

Katanya, teruja dengan harga sangat murah, dia bersama beberapa rakan sanggup beratur untuk membelinya dan rasanya pun sangat sedap.

Bagi Alias Mohd Noor, 42, pula bukan senang nak menemui makanan dengan harga 50 sen ketika ini. Dan sebab itulah dia tidak melepaskan peluang untuk membelinya.

Bukan Senang Nak Jumpa Makanan 50 Sen

bomba sado jual kuetiau

“Saya puas hati kerana ramuan dalam makanan itu agak padat dan rasanya sedap. Malah tempoh beratur juga tidak terlalu lama walaupun panjang,” katanya mengenai kisah bomba sado jual kuetiau dan mi tersebut.

40 kilogram mi termasuk kuetiau dan bihun habis dijual dengan anggaran 500 pinggan melalui dua sesi jualan pada pagi dan petang.

“Trak kami dibuka jam 10 pagi semalam, tetapi ditutup pada tengah hari untuk solat Jumaat. Sebaik dibuka semula jam 4 petang, orang ramau dah serbu menyebabkan mi habis hanya dalam tempoh kira-kira 1 jam lebih.

Jual Murah, Simbolik Bantu Masyarakat

bomba sado jual kuetiau

Shahril berkata, lapan kru dari sekitar Selangor bertugas di Fire Kitchen Abang Bomba dan simboliknya semua makanan ini dijual dengan harga 50 sen adalah lebih kepada hendak berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, disebbakan itu ia dijual dengan harga paling murah supaya semua orang dapat merasai makanan disediakan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: “Sindrom Down Jumpa Sindrom Down..”, Gadis Ini Kongsi Kisah Bertemu Pekerja OKU McD , Sentuh Hati Netizen

tags: | |