Bila berkerja sebagai penghantar makanan ini, macam-macam ragam perangai pelanggan dan cerita kelakar berlaku. Ada yang baik, ada yang buruk dan paling yang diinginkan adalah perkara yang mencuit hati untuk hilangkan rasa penat bekerja.
Sama juga yang berlaku kepada abang Foodpanda ini apabila beliau diarahkan oleh pelanggannya untuk delivery nasi ayam untuk 2 ekor anjingnya. Tuan rumah siap letak slide lagi!
Abang Foodpanda ini atau dikenali sebagai Awang Firdaus menunjukkan perbualan beliau melalui chat FoodPanda.
“Hi, nanti sampai rumah, boleh tolong saya buka packaging makanan? Lepas tu slide di slider sebelah tembok gate?” ujar pelanggan Foodpanda itu.
“Bantu saya bagi anjing saya makan. Thank you ya!” minta tolong beliau kepada abang Foodpanda ini.
Kasih seorang tuan anjing ini kepada anjing-anjingnya kerana risau pula jika ia kelaparan. Abang Foodpanda ini ikut sahaja kehendak pelanggannya kerana itulah tugas mereka untuk kepuasan hati mereka.
Selepas beliau membuka bungkusan makanan nasi ayam itu, beliau terus letakkan bekas makanan itu di atas slide yang disediakan di sebelah tembok pagar itu.
Bagus idea tuannya ini kerana memudahkan kerja para abang-abang Foodpanda dan delivery lain kerana tidak perlu takut-takut untuk hantar.
Makanan pun tidak akan tumpah begitu sahaja bila dilempar ke dalam pagar.
https://www.tiktok.com/@awangfirdauss/video/7241194413102271745?_r=1&_t=8cvbMrHbuC2
@awangfirdauss Untong la makan nyaman asuk #fyp #foryoupage #foryou #tiktok #explorepage #explore #viralditiktok ♬ original sound – AwangFirdaus
Menerusi di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa anjing itu mempunyai tuan yang sangat baik dan sangat beruntung kerana tak semua binatang malah orang sendiri dapat makan sedap-sedap.
Semoga diramaikan lagi insan seperti ini kerana memudahkan segala urusan orang-orang yang bekerja dalam bidang ini.
Semoga abang Foodpanda juga diberikan segala rezeki melimpah dan dipermudahkan urusan.
Kredit: Awang Firdaus