Adik Nasi Ayam yang terletak di Jelutong ini adalah salah satu nasi ayam yang paling popular di Penang. Gerai Adik Nasi Ayam ini memang lain daripada yang lain, iaitu mereka menyediakan nasi ayam yang digoreng dan dipanggil nasi goreng ayam.

Rasa nasi ayam yang dibuat memang sedap dan berempah serta kelemakkan daripada nasi goreng ayam ini membuatkan ianya rasa sangat berbeza daripada yang lain.

Nasi goreng ayam ini dimasak bersama telur. Telur itu dicampur sekali dan rasanya juga sangat rangup. Rasa kicapnya juga tidak terlalu masin dan terlalu manis. Sos kicapnya juga sangat pekat, dan apabila diletakkan bersama ayam, rasanya memang sangat sedap dan menyelerakan. Ayam pula digoreng sebanyak 2 kali, dalaman isi ayam itu sangat lembut, serta memberi kerangupan kepada orang yang memakannya.

Memang tidak dapat dinafikan, makanan yang disediakan oleh gerai Adik Nasi Ayam ini memang terbaik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Adik Nasi Ayam

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Sumber: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 4 times!)