Melihat kepada keadaan sekarang, dunia sedang menghampiri kiamat iklim 2040 dan negara Malaysia adalah antara negara yang akan terjejas. Kutub Utara dan Antartika mendapati ais semakin mencair, gunung berapi kini mula aktif di Antartika dan suhu di Kutub Utara pula bukan membeku tetapi hanya suam sahaja.
Pemanasan global bukan suatu benda yang boleh kita pandang ringan. Jadi, mari kita usaha bersama-sama budayakan amalan kitar semula dan pengurangan plastik.
Dengan itu, seperti yang dilaporkan Malaysiakini semalam, seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) melancarkan kempen bawa sendiri bekas minuman bagi mengurangkan penggunaan plastik bungkus sekali guna.
“Jadi memang tak mesra kepada perubahan iklim kalau kita nak pakai plastik,” kata Adun Bukit Gasiing Rajiiv Rishyakaran.
Bekerjasama dengan beberapa peniaga di beberapa tempat di Petaling Jaya, mereka memperkenalkan jualan gelas dengan harga RM10. Bagaimanapun bagi setiap pembelian pengguna akan diberikan kad diskaun RM10, yang memberikan diskaun RM1 setiap pembeliian dan boleh digunakan sepuluh kali.
Justeru katanya, gelas itu seolah-olah diberikan percuma.
“Beli cawan RM10 dapat percuma (kadi diskaun) RM10,” katanya dalam sidang media di salah sebuah gerai yang mengambil bahagian.
Buat masa ini, katanya terdapat lapan geraai mengambil bahagian.
Sementara itu, penguasaha gerai Norlela Harun, 46,, berkaata dia mengikuti program itu kerana ia idea yang bagus.
“Tak apalah kalau kita mencuba (jayakan kempen ini,” katanya. Bagaimanapun katanya, kejayaan program itu terletak pada tangan pelanggan.
“Berjaya tak berjaya terletak pada pelanggan. Kita boleh mencuba sahaja,” katanya yang sudah 37 tahun meniaga di situ.
Melihat kepada ruangan komen, orang ramai berpihak kepada dua pendapat. Ada yang mengatakan kempen ini akan tiada hasil dan ada juga yang menyatakan bahawa kempen ini sebenarnya walau dilihat kecil, ia akan memberi impak positif yang besar kepada dunia.
“Hasil yang hebat akan terhasil oleh perjuangan hal-hal kecil. Kalau tengok penyu terlekat plastik bukan makin korang kesian. So anggap la usaha kecil ni mungkin boleh membantu walaupun sekecil 0.0001%,” kata Nur Raihan memberi pandagan mengenai kempen pergi kedai bawa gelas sendiri tersebut.
“Pergi kedai makan, bawa gelas, bawa pinggan, bawa beg dan jangan lupa bawa meja dan kerusii sendiri sekali. Lagi superb kalau dapat bawa tukang masak sendiri. Haaa gittew,” kata netizen bernama Ezan seolah-olah dia tidak setuju dengan kempen tersebut.
Bagi min kempen pergi kedai bawa gelas sendiri ke mana-mana adalah hal yang bijak dan sangat bermanfaat kepada pengguna serta alam sekitar terutamanya. Misalnya, jika air diminum di kedai tak habis, kita tak perlu bersusah untuk menghabiskan ia kerana air yang diisi di dalam gelas atau bekas minuman kita sendiri boleh dibawa balik.
Selebihnya, ia bergantung kepada mentaliti dan pandangan pengguna itu sendiri dan kebijaksanaan kempen ini.
Sumber: Malaysiakini