Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semuanya Berbaloi..”, Aeril Tak Anggap Stik RM10,000 Lebih Salt Bae Membazir Dan Riak

“Semuanya Berbaloi..”, Aeril Tak Anggap Stik RM10,000 Lebih Salt Bae Membazir Dan Riak

Kategori:
Salt Bae Membazir

Pada bulan lepas, media sosial tular dengan hantaran yang dibuat artis terkenal Aeril Zafrel dan isteri ketika beraka di Kota London. Ini apabila mereka dan rakan perniagaan yang lain telah memilih untuk menikmati sajian daripada restoran Salt Bae.

Ia ditambah apabila mereka berpeluang untuk menyaksikan persembahan unik dari cef terkemuka itu.

“Semuanya Berbaloi..”, Aeril Tak Anggap Stik RM10,000 Lebih Salt Bae Membazir Dan Riak

Hari ini, merujuk artikel yang disiar Malaysiakini, Aeril Zafrel tidak menganggap tindakannya menikmati juadah berharga RM10,065 di restoran milik cef popular, Salt Bae di Londonn sebagai sesuatu yang membazir.

Katanya, selama dua tahun dia mengumpul wang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melancong ke luar negara bersama isteri dan rakan-rakan.

Justeru, bagi pelakon itu, menikmati stik dengan harga sedemikian adalah berbaloi untuk dibayar.

Salt Bae Membazir

“Jika terlalu berkira-kira nak bercuti, baik tak payah bercuti. Saya tak rasa ia membazir kerana dah alang-alang di sana. Rugi kalau tak menikmati masakan cef seperti Salt Bae.

“Sama juga kalau berada di Turki, saya tetap akan pergi menikmati stik restoran Salt Bae di situ,” katanya mengenai cef popular yang memiliki nama sebenar Nusret Gokce, itu.

Tambah Aeril, dia dan isterinya, Wawa Zainal, bukanlah pergi melancong setiap bulan. Dia percaya ramai orang lain yang mengumpul wang untuk pergi bercuti selepas terperap di rumah gara-gara PKP.

Salt Bae Membazir

“Lagipun, kami makan dan apabila bayar, kongsi beramai-ramai. Saya bukan bayar guna wang kami semata-mata untuk hidangan tersebut,” jawabnya tentang isu Salt Bae membazir atau tidak.

Tambah Aeril, caj yang dikenakan mengikut nilai mata wang pund sterling itu sebenarnya berpatutan, namaum menjadi mahal apabila nilllainya ditukar kepada ringgit Malaysia.

“Ada juga cas tersebunyi, macam bayaran untuk Salt Bae memotong daging dan aksinya menabur garam mempunyai kadar bayaran tertentu. Untuk aksi itu sahaja, sudah bernilai RM1,000.

“Semuanya berbaloi disebabkan saya belum pernah menikmati stik seenak itu. Pada saya, pengalaman disaksikan ketika itu tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Pengalaman Tidak Boleh Dibeli Wang Ringgit

Salt Bae Membazir

Semua orang punya pandangan dan penjelasan masing-masing. Ada orang yang rasakan makan Salt Bae membazir kerana ia sekadar makanan. Dan ada juga yang rasakan Salt Bae lebih dari itu.

Begitu juga Aeril tentang hal ini. Dia dah berhempas pulas dengan kerjanya, pasti dia juga mahukan ‘self-reward’ buat dirinya dan isteri serta rakan perniagaan yang lain.

Sumber: Malaysiakini

Baca juga: “Rakyat Kecoh Pasal Harga Ayam, Bukan Bayam..”, Tinjauan Harga Bayam Oleh Menteri Jadi Bualan

tags: | |