Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Agong Hulurkan Bantuan Makanan Buat Abang Lori Yang Terkandas, Pandu Sendiri Harungi Air

Agong Hulurkan Bantuan Makanan Buat Abang Lori Yang Terkandas, Pandu Sendiri Harungi Air

Kategori:
agong bantu mangsa banjir 2021

Kejadian banjir yang melanda beberapa buah negeri terutamanya di negeri Pahang memang agak teruk. Disebabkan air yang naik mendadak berserta arus yang sangat deras beberapa jalan utama ditutup. Malah ribuan mangsa telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat berikuan kediaman mereka dinaiki air melepasi paras membahayakan.

Baginda Agong mencemar duli ‘turun padang’

Dilihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama isteri baginda telah turun ke kawasan yang terjejas dengan memandu sendiri kenderaan melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang juga dinaiki air.

Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh Permaisuri Agong iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Instagram baginda.

https://www.instagram.com/p/CJpToYmBiHt/?utm_source=ig_web_copy_link

Baginda hulurkan bantuan makanan buat abang lori

Instagram Istana Negara turut berkongsi gambar KDYMM Agong yang sempat berhenti dan menuruni kenderaan rasmi Baginda bagi menghulurkan sumbangan berbentuk makanan kepada pemandu kenderaan berat yang terkandas akibat kenaikan air banjir di Plaza Tol Karak semasa dalam perjalanan menuju ke Maran Pahang.

https://www.instagram.com/p/CJpd-4GhTxz/?utm_source=ig_web_copy_link

Sumber: Airtangan_tunkuazizah, Istana Negara

 

tags: |