Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsikan gambar penghantar makanan foodpanda yang berkumpul di luar sebuah unit pangsapuri di Bedok, Singapura.
Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan beberapa orang polis sedang bercakap dengan rider foodpanda.
“Foodpanda kena prank lagi?” tulis Afzai yang merupakan penghuni pangsapapuri itu namun berlainan blok.
https://www.facebook.com/afanzo.damiano/posts/4374423479252628
Menurut sumber, seramai 10 orang rider foodpanda menunggu di luar rumah sambil memegang makanan yang dipesan namun tidak dituntut oleh pemilik rumah tersebut. Kemungkinan besar, tuan rumah tidak menyedari pesanan yang dibuat.
Polis Singapura telah mengesahkan bahawa kejadian itu adakah kes gangguan yang disengajakan. Siasatan yang dijalankan telah menyebabkan mereka percaya bahawa pesanan itu sebenarnya telah dibuat oleh Ah Long, pemberi pinjam yang tidak berlesen.
Disebabkan sekatan pergerakan akibat wabak Covid-19 yang telah dijalankan di Singapura, Ah Long disana telah menemui jalan baharu untuk ‘menghantui’ orang yang meminjam dengan mereka. Kebiasaanya, Ah Long akan mengganggu penghutang dengan pergi ke rumah mereka.
Difahamkan, kejadian ini bukan kali pertama berlaku di Singapura yang menggunakan penghantar makanan untuk mengganggu penghutang.
Pihak polis Singapura menyatakan mereka tidak akan bertoleransi dengan sebarang gangguan yang dibuat oleh Ah Long yang sengaja menyebabkan gangguan dan ketenteraman orang awam. Perkara itu akan ditangani dengan ketat mengikut undang-undang.
Sumber: Says