Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Air Kotak, Air Tin Perangkap Kencing Manis Anak Kecil! Sebab Sedap, Memang Tak Sedar

Air Kotak, Air Tin Perangkap Kencing Manis Anak Kecil! Sebab Sedap, Memang Tak Sedar

Kategori:

Apabila anak mengamuk, nak mudah pujuk sahaja dengan memberi air kotak dan air tin kepada mereka tanpa memikirkan kandungan gula dalam air kotak tersebut.

Mungkin ramai yang belum tahu, minuman tin dan kotak merupakan ‘perangkap’ kencing manis untuk anak kecil. Kenapa? Jom baca sebabnya perkongsian oleh Dr Rizal Abu Bakar.

Pagi pagi ni nak pesan. Elak dari perangkap racun manis ni. Ada kajian dari UCLA pasal bahaya gula putih, high fructose corn syrup yang ada dalam minuman tin, kotak, botol dan makanan.

Bila rasa sedap, lupa pasal bahaya

Kita tak perasan. Biasanya bila makan atau rasa sedap kita jadi lupa pasal bahaya ni. Dah sedapkan. Cap cap mulut.

Kita jadi tak perasan sebab kesan bahaya dia tak nampak dengan mata kasar. Bukan immediately. Kesan bahaya dia perlahan lahan.

Yang rasa ialah organ dalaman. Yang kena penangan bahaya ialah organ dalaman. Yang menangis sakan ialah organ dalaman.

Contoh mudahnya ialah otak. Dalam kajian UCLA ni pengkaji dapati gula sebegini tukar fungsi 900 genes di dalam otak. Bayangkan berapa banyak fenes yang terganggu.

Bahagian yang terlibat ialah hippocampus pusat memori dan hypothalamus – pusat yang uruskan metabolisme tubuh.

Meningkatkan risiko penyakit mental

Lebih dahsyat lagi mereka dapati gula tingkatkan risiko penyakit mental seperti bipolar disorder dan penyakit alzheimer.

Tambah menakutkan lagi gula putih dan high fructose corn syrup ini ganggu komunikasi antara sel otak, tingkatkan toxin dan turunkan prestasi berfikir manusia.

Pointnya mudah. Jauhi minuman dan makanan yang diletakkan gula putih dan high fructose corn syrup. Sebelum beli, semak senarai ingredients dahulu.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

Baca juga: Risau Anak Makan Makanan Proses, Ibu Ini Belajar Buat Nugget Ayam Homemade Yang Lebih Sihat & Selamat!

tags: | |