Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai, Boleh Kempiskan Perut Kalau Amalkan Setiap Pagi

Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai, Boleh Kempiskan Perut Kalau Amalkan Setiap Pagi

Kategori:
cara-buat-air-rebusan-epal-hijau

Tidak dinafikan, mempunyai tubuh badan yang langsing, perut tidak buncit merupakan impian setiap wanita. Pelbagai cara yang telah dilakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang diingini. Ada juga yang sanggup cucuk sana sini untuk dapatkan kepuasan hati.

Namun, selamatkah jika menggunakan cara itu? Mungkin sekarang cantik, tapi akan memberi kesan pada masa akan datang. Bukankah lebih baik jika amalkan sayuran dan buah-buah untuk menjaga kesihatan tubuh badan? Jadi jika anda mahu kempiskan perut, amalkan air rebusan yang dikongsikan di bawah. Hanya menggunakan dua bahan iaitu epal hijau dan serai.

Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai, Boleh Kempiskan Perut Kalau Amalkan Setiap Pagi

Bahan-bahan:

  • 3 biji Epal hijau
  • 5 batang serai
  • 1.5 liter Air

Cara-cara:

  1. Potong epal kepada 6 bahagian. Serai di ketuk.
  2. Masukkan 1.5 liter air ke dalam periuk, kemudian masukkan epal hijau dan serai.
  3. Masak sehingga epal lembut.
  4. Tutup api.
  5. Lenyek-lenyekkan epal yang telah direbus.
  6. Tapis air tersebut kemudian boleh di minum semasa suam.
  7. Sesuai di minum pada waktu pagi semasa perut kosong.

Kredit: Ani Zam

tags: