Pastinya golongan ibu akan merasa cemas serta mengharapkan proses bersalin dipermudahkan. Untuk yang ibu yang bakal bersalin, orang dahulu peraya bahawa air selusuh mempercepatkan proses bersalin. Tapi setakat mana kebenarannya? Jom kita rungkai satu persatu.
Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Obstetrik & Ginekologi, penggunaan air selusuh adalah tidak digalakkan atas beberapa faktor tertentu. AIr tersebut dikatakan mempunyai oksitosin di mana ia boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos pada bahan ini juga boleh memudaratkan kerana tidak boleh dipantau secara klinikal.
https://twitter.com/muhammadeizat/status/1321277911240863745?s=20
Dalam pada itu, air selusuh juga boleh mendatangkan risiko pada si ibu di mana ia boleh memaksa pintu rahim terbuka sebelum tiba waktunya. Dr Izzat bercerita mengenai pengalamannya di mana ada ibu yang meracau akibat menahan keperitan luar biasa disebabkan air ini. Bahkan lebih teruk lagi apabila air ini menyebabkan proses kelahiran bayi terganggu dan proses Czer terpaksa dilakukan.
Oleh itu, doktor Muhammad Izzat ini tidak menyarankan penggunaan air selusuh pada ibu yang bakal bersalin. Sebaiknya mengamalkan doa-doa tertentu atau zikir agar urusan bersalin dipermudahkan oleh Tuhan.
Semoga penulisan dari Dr Muhammad Izzat ini dapat membantu anda diluar sana.
Sumber : Dr Muhammad Izzat