Siapa je yang tidak suka aiskrim kan? Pencuci mulut yang mencairkan hati semua orang. Sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tidak kira musim sejuk atau panas!
Bagi membuatkan kehidupan anda lebih bahagia kini Nestle sudah keluarkan Aiskrim Oreo Sandwich. Bukan aiskrim Oreo Sandwich biasa tetapi ianya sangat luar biasa!
Aiskrim Oreo Sandwich ini pastinya lebih sedap dan menyelerakan. Dua biskut OREO yang besar dan lembut mengapit aiskrim vanilla yang tebal berkrim dan penuh dengan cebisan biskut OREO! Tengok pun dah meleleh weh!
Korang boleh dapatkan Aiskrim Oreo Sandwich ini di mana-mana peti sejuk Nestle Ice Cream di kedai berhampiran anda hari ini!
Jangan lupa ajak kawan korang sekali dan tags mereka di komen ye! Selamat mencuba!
Sumber: Halal Foodie