Sejak dari zaman sekolah lagi amalan beratur ini diajar kepada golongan anak-anak kecil. Ianya merupakan amalan sangat mulia dan pastinya jika diamal setiap masa pasti ia memudahkan urusan kita.
Tidak kira sama ada nak ambil makanan atau minuman, nak ambil buku atau apa-apa sekali pun beratur adalah lebih baik. Dari amalan ini pasti tiada pergaduhan dan perebutan. Bukan sahaja di luar malah ada juga para ibu bapa yang mempraktikan amalan beratur ini bila mana mereka mempunyai anak yang ramai.
Apabila amalan ini diterapkan ke dalam diri anak-anak semenjak dari kecil, pasti apabila mereka besar nanti mereka juga tetap terikut dengan amalan tersebut. Pergi kedai, pergi bank atau mana-mana tempat yang dipenuhi ramai, beratur adalah jalan terbaik.
Namun kadangkala ada juga yang tiada perasaan dan sesuka hati memotong barisan tanpa menghiraukan orang lain. Pastinya ia menimbulkan rasa marah dalam diri apabila berhadapan dengan situasi sebegini.
Lebih-lebih lagi kalau kita sudah beratur lama. Itulah antara kejadian yang dialami oleh wanita ini. Wanita yang dikenali dengan nama iffahaznan19, sempat membuat perkongsian menerusi aplikasi TikTok miliknya berkenaan dengan seorang anggota polis yang tiada adab memotong barisan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Puan Iffah ini, hampir 10 minit dia beratur di kedai makan Kak Wook JJ namun tiba-tiba akak polis berkenaan datang dan memotong barisan tanpa menghiraukan orang yang sudah lama beratur untuk mendapatkan makanan.
Lebih teruk lagi, apabila akak polis berkenaan membuat reaksi yang wanita ini tidak wujud. Di dalam video berkenaan, Puan Iffah sempat meninggalkan pesanan kepada akak polis ini agar jangan burukkan nama PDRM.
https://www.tiktok.com/@iffahaznan19/video/7111146773007125787?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274
@iffahaznan19Manners maketh man ye sis 🫶
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang menasihatkan wanita ini agar sound depan-depan dan ada juga yang berkongsi pernah berhadapan dengan situasi sedemikian rupa.
Malah ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan kalau berlaku kepada dirinya, dia akan potong balik. Ada juga yang menyarankan agar sound depan-depan dengan kuat bagi dia rasa malu sikit.
Jadi buat akak polis berkenaan, kalau sememangnya benar anda sengaja potong barisan tersebut, tolonglah jangan buat lagi amalan tersebut di tempat lain.
Namun andaikata, anda sudah membuat tempahan, ada baiknya anda memberitahu kepada orang yang sudah menunggu atau beratur. Bukankah cara tersebut lebih beradab? Tidaklah ia menimbulkan rasa marah atau bengang dalam hati.
Sumber: iffahaznan19
Baca juga: Tengah Sedap Review Makanan Tiba-Tiba Dapur Terbakar, Ramai Puji Cara Lelaki Ini Padam Api