Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akibat Complain Makanan Sampai Lambat, Wanita Tanggung Malu Kena Sound Dengan Customer Lain

Akibat Complain Makanan Sampai Lambat, Wanita Tanggung Malu Kena Sound Dengan Customer Lain

Kategori:

Bila kita nak makan, kita bukan saja nakkan hidangan yang sedap, malah kita juga nakkan suasana yang tenang dan menggembirakan. Namun, segelintir pelanggan yang tiba-tiba buat kecoh boleh membantutkan selera kita untuk makan. Telinga boleh jadi bingit dibuatnya!

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, kecoh di sebuah warung apabila seorang pelanggan wanita terpekik-pekik untuk complain di kaunter pesanan apabila nasi gorengnya belum siap selepas lama menunggu.

Nak Complain Boleh, Tapi Jangan Memekak!

Pengguna TikTok @pejuangananxiety yang berada di tempat kejadian akui terganggu dengan kekecohan yang dicetuskan oleh wanita itu. Aduan yang dibuat oleh wanita itu juga diselang seli dengan perbalahan sehingga membuatkan keadaan jadi hingar-bingar.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang tak setuju dengan cara wanita ini buat aduan. Padahal, perkara kecil sebegini boleh dibincang secara baik, tak perlu sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain.

Terima Kasih, Pak!

Keadaan bertambah kecoh apabila ada beberapa pelanggan lelaki lain cuba meleraikan kekecohan wanita itu. Barangkali, mereka juga terpaksa tegur dengan cara yang agak keras untuk memastikan wanita itu berdiam diri.

Menerusi video yang dimuatnaik, rata-rata pelanggan lain juga didapati tak senang dengan tindakan wanita tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang berterima kasih kepada pakcik-pakcik yang sudah bersuara untuk memastikan keadaan di warung kembali reda.

Nak Cepat Masak Sendiri

Agaknya, kedai tersebut sedang sesak dengan pelanggan hingga membuatkan pesanan makanan siap lambat.

Justeru itu, netizen juga sempat berseloroh di bahagian komen dengan meminta wanita tersebut untuk masak di rumah saja jika tak sanggup untuk tunggu lama.

Dalam hidup bermasyarakat ni, kita perlulah bertolak ansur. Jika ada rasa tak puas hati atau nak complain apa-apa, bincanglah dengan baik, tak perlu nak menjerit atau bergaduh. Bila waktu lapar, memang rasa geram juga bila makanan sampai lambat. Tapi, tak perlu sampai buat kecoh di kedai makan.

Dalam kes ini, wanita ini yang terpaksa menanggung malu apabila dijerkah oleh ramai pelanggan lain yang terganggu olehnya.

Sumber : @pejuangananxiety

 

tags: