Pernah tak korang rasa teringin nak makan sesuatu tapi tak boleh sebab tempatnya terlalu jauh? Sanggupkah korang jelajah beratus kilometer untuk merasai keenakan makanan tu?
Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, ada kalanya pasti timbul keinginan untuk penuhi hasrat pasangan. Tak kira sesukar manapun, suami atau isteri pasti akan berusaha untuk penuhi keinginan pasangan sebagai tanda sayang.
Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, tindakan seorang suami yang rela memandu sejauh 440 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam untuk tunaikan keinginan isteri buatkan ramai netizen terharu.
Menerusi hantaran dari @nabilothmancwl, dia berkongsi keterujaan sambil merakamkan detik kegembiraan si isteri apabila dapat nasi ayam yang diidamkan setelah bertahun-tahun tak dapat menikmatinya.
Bagaikan tak percaya dapat merasai hidangan yang menjadi kegemarannya waktu di bangku kuliah, si isteri nampaknya sungguh berselera makan sampai menggeleng-geleng kepala dibuatnya.
@nabilothmancwl bila wife hang teringin nasi ayam time study, hang sanggup redah ASโก๏ธ SHAH ALAM 440km ๐๐ #fypใท #pimanabil
โฌ suara asli – ๐ค๐ญ๐ญ_๐ฎ๐ท๐ใฝ๏ธ – ๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐ฎ
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap lelaki ini yang sanggup berbuat apa saja demi membahagiakan isteri. Siapa yang sanggup redah 440 kilometer semata-mata untuk makan nasi ayam?
Netizen juga turut terhibur dengan reaksi si isteri yang dilihat begitu menikmati sepinggan nasi ayam yang sudah lama diidamkan itu.
Walaupun nampak macam kerja gila, namun ramai warganet menyokong tindakan si suami penuhi hasrat isterinya yang mengidam nasi ayam. Mana taknya, bila isteri gembira, pasti si suami akan lebih murah rezekinya, bukan?
Dalam kesempatan itu, ramai juga yang mendoakan lelaki itu supaya dimurahkan rezeki dan semoga kebahagiaan suami isteri ini kekal hingga ke syurga.
Tak tahulah sesedap mana nasi ayam yang dinikmati isteri abang ni, namun yang pasti, ia pasti menggamit memori si isteri ketika melanjutkan pelajaran di universiti suatu ketika dahulu. Bagaimana pula dengan korang? Makanan apa yang korang paling rindui ketika sedang belajar?
Makanan apa pula yang korang paling teringin sekarang dan sanggupkah korang travel semata-mata untuk penuhi keinginan? Jom kongsikan dengan kami!
Sumber : @nabilothmancwl