Afrika merupakan benua negara yang kedua terbesar selepas asia. Tidak kira sama ada dari segi jumlah penduduk atau pun dari segi keluasan. Memiliki keluasan kira-kira 11,677,240 batu pada tahun 2005 ia didiami lebih daripada sembila ratus juta penduduk.
Mungkin pada tahun 2022 jumlah tersebut semakin meningkat. Bukan sahaja memiliki penduduk yang ramai malah kita sering kali mendengar bahawa rakyat Afrika ini sering berada dalam kelaparan.
Kesengsaraan dan kelaparan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang mana menyebabkan pertanian mereka tidak dapat hidup dengan subur. Malah pada Februari lepas, dikhabarkan kemarau di Afrika bertambah teruk dan kira-kira 13 juta orang berisiko kelaparan.
Menurut Michael Dunford, Pengarah WIlayah WFP di Afrika Timur, katanya kemarau memusnahkan tanaman dan mengakibatkan kematian ternakan yang luar biasa.
Keadaan tersebut secara tidak langsung memaksa keluarga di luar bandar yang mana bergantuk kepada pertanian meninggalkan rumah mereka.
Terlampau banyak kisah-kisah yang menyedihkan berlaku kepada mereka. Melihat anak-anak mereka yang berada dalam kelaparan, tiada susu dan tiada makanan untuk dimakan membuatkan hati nurani kita berasa sedih.
Pastinya pelbagai cara yang terpaksa mereka lakukan demi meneruskan kehidupan serta demi memastikan perut anak-anak dan isteri sentiasa diisi. Malah terbaharu, ada kejadian yang lebih esktrem yang dilakukan oleh segelintir peniaga Afrika.
Menerusi video yang dikongsikan kembali oleh AL BASRIE menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan peniaga tepi jalan di Uganda, Timur Afrika menjual makanan dengan aksi yang sangat ekstrem.
Penjual makanan seperti sate, minuman dan beberapa lagi makanan lain kelihatan bersahaja menghulurkan sate ke dalam kereta membuatkan penumpang kenderaan tersebut tidak berganjak.
Malah apabila melihat reaksi muka penumpang berkenaan, kelihatan mereka seolah-olah tidak selesa dengan situasi tersebut. Mana tidaknya, sampai ke tengah dia menghulurkan sate dan makanan berkenaan.
Di sudut lain, jika sekali pandang, kelihatan sate-sate tersebut seperti kipas yang mengipas atau melindungi muka pengantin. Walaubagaimanapun ia telah membuatkan ramai dalam kalangan penonton tidak kering gusi.
@daddy_dian Kalau korang beli ke x?🤣🤣 #ghisaukekadang #fypシ゚viral #ohnonononoo #sayangimalaysiaku #fypシ #tiktoker
@al_basrie Kalau korang beli ke x?🤣🤣 #ghisaukekadang #fypシ゚viral #ohnonononoo #sayangimalaysiaku #fypシ #tiktoker ♬ original sound – AL BASRIE
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang melucukan dari warga TikTok. ada yang menyatakan lain macam dia punya marketing level. Malah ada juga yang berseloroh menyatakan, naikkan tingkap yang tertinggal itu hak kau. Namun belum sempat gerak lagi tayar dah bocor.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh tidak tahu nak cakap. Lagi-lagi kalau bulan puasa, tak rilek. Ada juga warga TikTok yang meninggalkan komen menyatakan nasib penjual jeruk mangga kat tepi jalan tak buat macam ni.
Terkedu seketika melihat kegigihan mereka ini. Sanggup pegang sate macam tu dan hulurkan ke arah penumpang dalam kenderaan semata-mata untuk mendapatkan wang. Walau apa pun, semoga setiap urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa ada makanan untuk mengisi perut.
Sumber: TikTok AL BASRIE
Baca juga: “Ayah, Nak Berak..” Tengah Beli Barang Dapur Tiba-Tiba Anak Menjerit Nak Berak Raih Perhatian Ramai