Tapak kaki merupakan kawasan yang menampung berat badan kita setiap kali kita berjalan, berdiri atau berlari. Oleh sebab itu, kawasan tersebut sangat terdedah kepada ia kerap merima tekanan daripada badan.
Masalah ini bukan sahaja dialami pada bahagian tapak kaki malah pada bahagian jari atau tumit. Sebab itulah, tapak kaki antara masalah yang sering berlaku pada kebanyakan orang.
Bagi anda yang mengalami masalah ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Almond Royal Raflyn. Jika rajin mengamalkannya, tidak perlu lagi pergi berurut dengan bayaran yang mahal.
Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.
Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.
(Tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – ekceli boleh letak daun apa saja yg ada khasiat.
Pesanan: Ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Sumber: Almond Royal Raflyn