Sebuah produk dari tradisi budaya orang Cina telah dijual di laman Amazon dan ia telah menjadi bahan ketawa dan kecaman netizen di sana. Bekas yang berbentuk seperti piala itu dijual di laman Amazon. Ia dijual seperti barang antik untuk peralatan dapur mewah dari sebuah kedai yang berpusat di Kanada.
Menurut Global Times, sebuah portal China, tangkap layar produk itu telah menjadi viral dan bualan netizen di China dengan lebih 50 juta tontonan mengenainya di laman Weibo. Apa yang menjadi bahan ketawa netizen China adalah perkasas dapur yang dipanggil ‘bakul buah antik Cina 1960-an’ itu sebenarnya merupakan tempat membuang air kecil atau tempat meludah masyarakat Cina.
OOOIII TU TEMPAT ORANG CINA DULU DULU BERAK LAH 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/jMXfkl47Vw
— Mandarinjer (@mandarinjer) February 23, 2021
Penerangan produk itu menggambarkan bahawa periuk ‘cantik’ dengan warna dan corak di atasnya yang mewakili budaya tradisional Cina adalah lambang kepada ‘kebahagian hidup’. Tambahnya lagi bahawa ‘bakul itu memiliki ruang penyimpanan yang besar bertujuan untuk menyimpan apa sahaja jenis buah’ dan ‘praktikal untuk pelbagai kegunaan.’
Wonder which poor Chinese person is going to visit a white friend's family and be invited to eat fruit from the chamber pot proudly displayed on their dining table. pic.twitter.com/ez02iptkpS
— NPC016 (@npc016) February 21, 2021
Selain daripada penerangan tersebut, tertera beberapa maklumat bahawa perhiasan dapur itu digunakan untuk menyimpan baguette Perancis dan sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Di laman Amazon ia dijual pada harga CDN68.45 atau sekitar RM220.00. Difahamkan ia dijual pada harga lebih mahal daripada biasa.
Jika dilihat dalam aplikasi Shopee Malaysia, harga bagi ‘barangan antik’ itu adalah jauh lebih murah, iaitu sekitar RM50.00. Tetapi ia dipasarkan sebagai ‘baldi air kencing’ untuk kegunaan warga tua.