Panadol merupakan ubat yang mengandungi paracetamol yang mana boleh meredakan demam, selsema, sakit kepala, sakit gigi dan juga lain-lain penyakit. Sejak pengagihan vaksin dijalankan di seluruh negara termasuk Malaysia, orang ramai disarankan untuk menelan panadol selepas menerima suntikan vaksin.
Pastinya orang ramai sudah sedia maklum kenapa perlu menelan panadol selepas menerima suntikan itu. Namun apa yang menjadi tanda tanya dan persoalan ramai orang adalah bolehkah menelan atau makan panadol sebelum menerima suntikan vaksin?
Hal tersebut telah dijelaskan oleh seorang ahli farmasi yang dikenali dengan nama Zaki di aplikasi TikTok. Menurutnya, ambil panadol atau sebarang painkiller sebelum vaksin adalah tidak boleh.
Tapi kenapa tidak boleh ambil ya? Sedangkan selepas vaksin boleh. Ianya adalah kerana panadol yang kita makan selepas menerima suntikan vaksin akan menganggu sistem antibodi yang dikeluarkan selepas vaksin. Manakala WHO juga sudah mengeluarkan kenyataan mengenai hal tersebut.
Panadol ini hanya boleh diambil selepas menerima suntikan vaksin dengan jumlah dos yang biasa dahulu. Jadi bagi anda yang akan menerima suntikan, jangan suka-suka nak telan panadol ni awal-awal ya.
@farmasizaki Boleh ke ambil panadol atau painkiller sebelum vaksin? Sebab dengar orang kata akan sakit sehingga tak boleh nak angkat tangan. #vaksin #panadol #fyp
@farmasizakiBoleh ke ambil panadol atau painkiller sebelum vaksin? Sebab dengar orang kata akan sakit sehingga tak boleh nak angkat tangan. #vaksin #panadol #fyp♬ Laxed (Siren Beat) – Jawsh 685
Sumber: TikTok Farmasi Zaki