Sejak wabak COVID-19 menyerang dunia dan sejak pelaksanaan lockdown, terlalu ramai orang yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup. Semakin ramai juga yang kehilangan pekerjaan. Disebabkan itulah, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya perut yang kosong dapat diisi. Anak-anak yang kelaparan dapat diberi makan.
Terbaharu, viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang berumur 11 tahun yang rela membantu keluarganya. Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik oleh Faeez Salleh, dilihat sempat merakam aksi kanak-kanak ini sedang gigih mengecat meja.
@mfs_bengkelbesi♬ original sound – Tanah Melayu
Betapa bagusnya kanak-kanak ini kerana Faeez bertanya soal upah, jawapannya sungguh mengejutkan. Dia tidak mahu wang, apa yang dia mahu hanyalah dibelikan beras.
@mfs_bengkelbesidya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊#MFsBengkelBesi♬ bunyi asal – Abeyie_Official 🇲🇾
@ceo_besikarat dya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊#MFsBengkelBesi
Susulan video berkenaan telah tular, Faeez meminta budak darjah 5 ini memperkenalkan diri. Muhammad Hanif Zakaria juga turut sempat berterima kasih kepada orang ramai kerana terus memberi sokongan kepadanya dalam mencari rezeki halal.
@mfs_bengkelbesiBalas kepada @reilaidora_mira1 done video original♬ bunyi asal – FaeezSalleh
@ceo_besikarat Balas kepada @reilaidora_mira1 done video original
Betul orang cakap, apabila berada dalam kesusahan dan kelaparan pasti segala kerja sanggup kita lakukan. Lihat sahaja kanak-kanak ini, walaupun baru berusia 11 tahun, dia sudah sanggup mengambil upah mengecat meja. Malah sebagai ganti, dia hanya meminta beras sahaja.
Sumber : Faeez Salleh
Baca juga: Jenis-Jenis Brownies Yang Tak Ramai Tahu, Patutlah Bila Beli Brownies Tekstur Tak Sama