Siapa je tak kenal pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, kan? Bukan setakat pandai berlakon dan melawak, dia juga merupakan seorang peniaga yang tekun dan tidak pernah berputus asa dalam mencari rezeki.
Dia mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, aktiviti hariannya banyak dihabiskan membuat air minuman itu dan berniaga di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang.
Menurut sumber Harian Metro, setiap hari dia turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian dia pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.
Berkat kesabarannya itu, dia dapat membeli sebuah kereta Alza baharu dengan titik peluhnya sendiri.
“Sebelum ni saya pakai kerete secondhand. Alhamdulillah pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang support saya beli Air Jagung Amerika dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya.
“Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki, sihat selalu, disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses,” kata Amir Raja Lawak dalam hantaran tersebut.
Semoga dirinya terus berjaya dan mungkin ini adalah asbab bahawa dalam kepayahannya untuk berjaya, dia tidak lupa untuk membantu orang lain.
Semoga perniagaan air jagung itu dilimpahi rezeki yang melimpah ruah sekaligus dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan beterusan.
Sumber: Amir Raja Lawak