Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Aeril Zafrel Terima 500 Pesanan Kek Batik, Bangga Lihat Anak Umur 9 Tahun Usaha Niaga Kecil-Kecilan

Anak Aeril Zafrel Terima 500 Pesanan Kek Batik, Bangga Lihat Anak Umur 9 Tahun Usaha Niaga Kecil-Kecilan

Kategori: ,
Kek Batik anak Aeril Zafrel

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, bangga apabila anaknya, Hayla Maghfiradatul Adzkiyaa, 9, mengikuti jejak langkahnya mengusahakan perniagaan kek batik kecil-kecilan.

Bercerita lanjut mengenai itu, Aeril mengupah seorang guru untuk datang ke rumah selepas Hayla memaklumkan berminat untuk mempelajari cara membuat kek.

Anak Aeril Zafrel Terima 500 Pesanan Kek Batik, Bangga Lihat Anak Umur 9 Tahun Usaha Niaga Kecil-Kecilan

Kek Batik anak Aeril Zafrel

Hasil daripada kelas yang diadakan beberapa kali, Hayla kemudian memulakan perniagaan dengan membuka tempahan kek batik air tangannya.

“Saya memang pernah bertanya dia minat apa. Sebelum ini dia kata gimnastik tapi susah. Saya pernah beri cadangan belajar solekan, tapi sekarang dia minat buat kek.

“Saya upah seorang cikgu datang rumah untuk ajar. Memang kos mahal sikit tapi lebih cepat.

“Tidak sangka pula ramai yang buat tempahan, sebab dia hanya buka tempahan waktu cuti sekolah sahaja. Selalunya datang daripada grup Telegram sebab saya dan Wawa yang tolong promosikan. Sekarang dia ada lima orang pembantu untuk selesaikan 500 tempahan,” katanya ketika ditemui di The Confetti KL, baru-baru ini.

Anak Kekal Semangat, Terharu Lihat Kerajinannya

Kek Batik anak Aeril Zafrel

Dalam pada itu, Aeril turut berkongsi anaknya itu pernah mengadu penat kerana perlu menyelesaikan tempahan. Namun, semangatnya kembali pulih selepas menerima respons pembeli yang memuji kek buatannya.

“Kadangkala dia ada cakap juga penat, biasalah budak. Tapi setiap kali dia mengadu, saya akan beri kata motivasi. Jika dia mahu sesuatu kena usaha sejak sekarang.

“Tapi semua penat dia hilang bila dapat respons baik, ramai kata kek dia sedap.

Kek Batik anak Aeril Zafrel

“Manakala, duit hasil jualan saya simpan, kadang belikan apa dia mahu dan masukkan sedikit dalam aplikasi Grab dan Shopee,” tambahnya.

Melihat sambutan Kek Batik anak Aeril Zafrel menggalakkan, Hayla merancang untuk mempelajari resepi kek baru seperti Tiramisu yang semakin menjadi trend.

“Setakat ini Hayla hanya buat kek batik sebab paling mudah. Tapi saya sudah suruh dia belajar buat kek lain. Sebab sekarang tengah trending Tiramisu,” ceritanya.

Terdahulu, Aeril pernah berkongsi video membuat kejutan dengan menghadiahkan Hayla sebuah peti sejuk beku (chiller) sebagai galakkan memulakan perniagaan. -UTUSAN

Sumber: 

Baca juga: 

tags: |