Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Geram Ayah ‘Slamber’ Makan Buah Siap Buat Muka Comel, Bukan Tak Bagi Makan Tapi…

Anak Geram Ayah ‘Slamber’ Makan Buah Siap Buat Muka Comel, Bukan Tak Bagi Makan Tapi…

Kategori:
ayah curi makan buah

Tidak dinafikan, banyak kebaikan jika mengamalkan makan buah-buahan. Pelbagai buah-buahan menarik terdapat di Malaysia tak kira buah tempatan atau dari luar negara.

Namun, jika diambil berlebihan juga tidak berapa elok lagi-lagi buat penghidap diabetes. Bukan tidak boleh makan langsung, tapi perlu diambil dalam jumlah yang terhad untuk mengelakkan bacaan diabetes menjadi tinggi.

Namun kadang-kadang susah untuk mengawal ibu bapa yang menghidap penyakit ini lagi-lagi jika mereka sudah berusia. Anak-anak tidak berniat untuk menghalang, tetapi risau akan risiko yang bakal dihadapi.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita yang merupakan pengguna TikTok iaitu @Hannymaru berkongsikan gelagat lucu ayahnya yang curi-curi makan buah siap pakej buat muka comel.

Menerusi video tersebut, difahamkan sejak kebelakangan ini bacaan kencing manis ayahnya sudah turun. Mungkin itu yang menyebabkan ayahnya ‘berani’ untuk curi-curi makan buah. Namun begitu, mengambilan buah tetap perlu dikawal untuk mengelakkan bacaan kembali tinggi.

Lihat video penuh di link ini.

“Comel sangat perangai..”

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu ayah kepada wanita ini dan ada juga yang turut berkongsi pernah mengalami hal yang sama.

 

tags: |