Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Beras Sahaja Asal Ada..”, Ibu Tunggal Merayu Mohon Bantuan Beras Semata-Mata Untuk Isi Perut 3 Anaknya

“Beras Sahaja Asal Ada..”, Ibu Tunggal Merayu Mohon Bantuan Beras Semata-Mata Untuk Isi Perut 3 Anaknya

Kategori:
beras

Tahun 2021 merupakan tahun yang agak memeritkan bagi kebanyakan orang. Ramai yang hidupnya susah namun setelah datang wabak virus, hidupnya bertambah susah. Ada juga yang kehilangan pekerjaan dan hilang juga sumber pendapatan terjejas.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia kini sudah tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Berhari-hari tidak makan dan hanya ada yang hanya meminta bantuan beras semata-mata. Betapa hidup di zaman ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Malah ada juga yang sanggup melakukan apa sahaja kerana tidak sanggup melihat anak dirumah kelaparan. Bahkan ada yang sanggup mencuri di Kedai runcit atau pun Supermarket kerana kasihan melihat anak mengigil kelaparan.

Saya mohon beri kami sedikit makanan…

Terbaharu tular di laman facebook berkenaan dengan seorang ibu tunggal daripada 3 anak yang memohon sumbangan makanan seperti beras dan susu. Menurut ibu tunggal ini anak-anaknya sudah lama menahan lapar.  Sampaikan salah seorang daripada anaknya memungut biskut dalam air masin dan memakannya.

Assalamualaikum kepada hambah hambah Allah  saya disini ingin la meminta pertolongan  makanan sprti beras dan susu anak anak saya sudah menahan lapar dari smlm  sampai la anak  saya satu orang itu memungut beskut dalam air masin  di sebab kan terlalu lapar sudah dan itu la yang oleh tiga adik beradik sebungkus beskut  tolong la hambah hambah Allah saya mohon beri la kami sedikit makanan walaupun beras sahaja asal ada untuk di isi perut anak² saya.

Saya seorang saya yang menanggung anak-anak…

Lebih menyedihkan lagi apabila ibu tunggal berkenaan sudah bercerai dengan suaminya dan setelah bercerai hanya dia sahaja yang menanggung ketiga-tiga anaknya itu. Memandangkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dia tidak boleh bekerja, jadi dia terpaksa meminta pertolongan orang luar.

Saya  ini hanya seorang ibu tunggal kepada anak anak saya tiga orang  saya sudah lama bercerai dengan suami saya hanya saya seorang saja yang menanggung anak² saya dan kini saya terpaksa memehon di dalam FB ini kerana saya sudah tak tahu mau buat apa lagi sebab  pkp nie saya tak boleh bekerja lagi  smoga ada yang sudi membntu saya dan  anak anak saya walaupun dari segi makanan sahaja  dan mengharap sangat pertolongan dari hambah Allah smoga la ada yang sudi menolong anak anak saya no hp 01125377619 alamat kg Sandakan jalan taman harmoni sekian terima kasi.

Sumber : Facebook Group Sandakankini

tags: