Apa itu StixFresh? StixFresh adalah teknologi sticker buah yang boleh melambatkan buah menjadi terlebih ranum. Mengikut kajian yang dijalankan, StixFresh ini boleh memanjangkan jangka hayat buah-buahan kegemaran anda sehingga 2 minggu lamanya.
Secara amnya, proses penghasilan sticker buah ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang boleh bertindak balas dengan gas ethylene yang terbebas semasa buah dalam proses meranum. Ianya berfungsi untuk memperlahankan pembebasan gas ethylene.
Difahamkan, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan StixFresh ini dikategorikan sebagai GRAS (Generally Recognized as Safe) yang mematuhi piawaian Food and Drug Administration (USFDA).
Apa yang lebih menarik, StixFresh ini rupanya dicipta oleh anak Malaysia, Encik Zhafri Zainudin. Beliau merupakan graduan dalam bidang Software Engineering namun tidak mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari selepas graduasi.
Disebabkan hal itu telah menyebabkan beliau meneroka pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan penyelidikan. Sehinggalah akhirnya beliau membuat penyelidikan berkaitan buah-buahan yang cepat rosak ini.
Encik Zhafri mendapat ilham untuk mencipta StixFresh ini adalah ketika dia sedang memerhati buah-buahan di milik rakannya yang selalu cepat rosak dan akhirnya terbuang begitu sahaja.
Oleh sebab itulah akhirnya membawa kepada penciptaan sticker buah ini. Dikatakan, kejayaan tersebut sehingga berjaya mempunyai syarikat di Amerika Syarikat.
Tapi buat masa ini, sticker buah ini hanya berkesan kepada buah-buahan yang berkulit nipis sahaja seperti buah mangga, buah naga dan buah epal. Sticker buah ini juga masih belum sesuai digunakan untuk sayur-sayuran.
Pada masa ini, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sedang dijalankan untuk buah-buahan kecil seperti buah angguh dan buah beri.
StixFresh mula wujud di pasaran seawal tahun 2016 dan telah mendapat sokongan yang padu daripada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.
2 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2018, barulah StixFresh dilancarkan secara rasmi dan digunakan di seluruh negara.
Sumber: NST Online