Mempunyai anak bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika kita tinggal berasingan atau PJJ dengan pasangan. Menjaga anak sewaktu mereka membesar merupakan satu cabaran yang agak besar. Tanpa sebarang bantuan dari sesiapa, semuanya terpaksa dilakukan sendiri.
Pelbagai ragam dan kejadian yang membuatkan para ibu pening kepala. Dan antara perkara yang paling leceh dalam menjaga anak adalah apabila mereka asyik ingin ‘meneneng’ sahaja. Ibu hilang sekejap sahaja, terus nangis. Pantang nampak ibu nak baring atau berehat, confirm merengek nak susu.
Terbaharu, ada seorang ibu telah berkongsi detik cemas yang dicetuskan oleh anaknya sendiri. Sekitar jam 2 pagi, budak lelaki berkenaan tersedar daripada tidur gara-gara lapar susu.
Kemudian si kecil tadi melalak sampai bertindak mencabut pintu tandas sebaik tahu ibunya berada di dalam. Memandangkan baru berusia setahun setengah, dia sangat terkejut ketika kejadian berlaku. Ibu kepada anak ini akui memang setiap kali ada urusan kecemasan dia tidak akan mengunci pintu.
Menjengah ke ruangan komen, kejadian tersebut mengejutkan dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Selain terhibur dengan kejadian itu, mereka juga turut berkongsi pengalaman masing-masing yang mana tak tenang diganggu oleh anak-anak kecil setiap kali masuk ke tandas.
Terkejut juga ya, sampai tercabut pintu tandas dibuatnya. Namun kita sebagai ibu bapa terpaksa sabar menghadap kerenah anak-anak ini. Orang kata waktu mereka kecil ini memang penat menjaganya namun bila besar nanti, diaorang pula yang akan memudahkan kerja kita.
Kredit: Kudis Ke Panau
Baca juga: “Awak Majuk Ke Tengah Sembahyang?” Bapa Bebel, Anak Merajuk Sebab Tak Bagi Makan…