Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kejam! Anak Durjana Sanggup Pukul Emaknya Hanya Kerana Tak Masak Nasi

Kejam! Anak Durjana Sanggup Pukul Emaknya Hanya Kerana Tak Masak Nasi

Kategori:
pukul mak kerana tak masak nasi

Ibu merupakan insan mulia yang banyak pengorbanannya. Malah kasih sayang ibu ini sangat tinggi. Satu-satunya hal yang abadi dan tak akan pernah luput adalah kasih sayang seorang ibu terhadap anak.

Dari kecil ibu jaga dan tatang anak-anak bagai minyak yang penuh jadi apabila anak-anak sudah besar, tugas anak-anak pula menjaga ibu mereka sepenuh hati. Namun malang bagi seorang ibu dari Indonesia ini apabila nyawanya melayang di tangan anak kandung sendiri.

Tak masak nasi, sanggup pukul pakai kayu…

Menerusi portal Tribunnews, Syarul Harahalp dipercayai telah memukul ibunya dengan menggunakan sebatang kayu selepas kecewa kerana ibunya itu tidak masakkan nasi untuknya. Dalam kejadian 5 Disember 2020 lalu, si ibu ini gagal diselamatkan sewaktu dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan terdekat.

Sudah diberitahu, kalau lapar datang je kenduri jiran…

Menurut laporan portal tersebut, wanita berkenaan tidak memasak nasi di rumah jiran kerana ada kenduri di rumah jiran dan telah pun meminta anaknya untuk makan di majlis berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun, suspek kecewa dengan jawapan ibunya lalu bertindak mencederakannya.

Macam tiada perasaan…

Selepas memukul ibunya dengan kayu, wanita berkenaan terus jatuh tersungkur di atas lantai. Sejurus melihat ibunya tersungkur begitu, lelaki ini keluar dari rumah dan memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya. Jirannya terus menelefon polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut dan suspek itu akhirnya ditangkap pihak berkuasa.

Sumber : Tribunnews

tags: |