Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Teknik Heimlich Yang ‘WAJIB’ Ibu Bapa Tahu Bila Anak Tercekik Makanan

Ini Teknik Heimlich Yang ‘WAJIB’ Ibu Bapa Tahu Bila Anak Tercekik Makanan

Kategori: ,
Teknik Heimlich

Baru-baru ini, viral berita kematian seorang kanak-kanak lelaki 3 tahun tercekik biji rambutan sehingga menyebabkan kematian. Kejadian ini telah berlaku di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau. Rata-rata warganet turut bersedih dengan kejadian itu.

Menurut artikel dari Astro Awani, mangsa telah mengambil sebiji buah rambutan sebelum mengupas dan terus memasukkannya ke dalam mulut. Ketika bapa mangsa bersama ahli keluarga yang lain sedang mengait buah rambutan, mangsa dikatakan terus berlari ke arah bapanya sambil menjerit serta memegang leher.

Bapanya terus bertindak dengan menepuk bahagian belakang mangsa tapi tidak berhasil. Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Public Health Malaysia turut berkongsikan teknik yang perlu diketahui oleh semua orang sebagai langkah pencegahan jika kanak-kanak tercekik makanan. Teknik itu dikenali sebagai teknik Heimlich. 

Teknik Heimlich

Lakukan tenik teknik Heimlich jika anda mengalami situasi yang tidak diingini itu. Ianya merupakan teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan.

Apapun sebenarnya mencegah lebih baik. Elakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik. Ini kerana kerana mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.

Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat.

Sosej adalah makanan yang paling banyak menyebabkan kejadian tercekik kerana ia bagaikan penyendal yang sempurna untuk saluran pernafasan kanak-kanak.

Jika anda ingin memberi makanan makanan seperti sosej, buah anggur, sayuran dan buah pastikan ia di potong kecil dan memanjang.  Pantau semasa mereka ketika mereka sedang makanan dan pastikan mereka duduk diam.

Ambil tahu teknik bantuan kecemasan untuk menyelamatkan kanak kanak tercekik. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Kredit: Public Health Malaysia

 

 

 

tags: