Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Apam Balik Harga 50 Sen, Peniaga Ini Masih Jual Harga Murah Walau Sudah 26 Tahun Berniaga

Apam Balik Harga 50 Sen, Peniaga Ini Masih Jual Harga Murah Walau Sudah 26 Tahun Berniaga

Kategori:
Apam Balik harga 50 sen

Jika ke pasar malam, kudapan yang selalu dibeli di sana adalah antaranya apam balik. Seiring dengan peredaran masa, apam balik dijual dengan harga RM2 dan ke atas. Ini kerana penggunaan telur dan tepung memakan kos yang tinggi.

Tetapi lain pula dengan seorang peniaga yang menjual apam balik di Pantai Remis, Perak. Dia masih mengekalkan harga yang tidak masuk dek akal iaitu 50 sen unttuk setiap apam balik.

Apam Balik Harga 50 Sen, Peniaga Ini Masih Jual Harga Murah Walau Sudah 25 Tahun BerniagaApam Balik harga 50 sen

Selain harganya yang murah, apam balik yang dibuat olehnya juga memang sedap. Ini kerana, kerangupannya dapat dirasa walau apam balik sudah sejuk. Biasanya, apam balik hanya rangup dimakan ketika panas. Tetapi apam balik yang dibuat oleh peniaga bernama Puzee ini rangup dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Menurut artikel portal Keluarga, Puzee berkata pulangan yang diraih mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting kepadanya adalah dia dapat menderma sambil berniaga.

“Niat utama saya untuk membantu mereka yang kurang bermampuan dalam keadaan ekonomi mendesak hari ini.

“Rezeki ni Allah dah tetapkan, jadi tak perlu risau yang kita akan jatuh miskin kalau kita bersedekah,” ujar Puzee yang berniaga di Pantai Remis, Perak yang menjual Apam Balik harga 50 sen.

Mahu Sama Berkongsi Rezeki & RasaApam Balik harga 50 sen

Peniaga berusia 63 tahun itu berkata walaupun dia bermurah hati dalam memberi, kewangannya dirasakan sentiasa mencukupi dan berkat daripada itu dia mampu membesarkan enam anaknya.

Semoga segala niat dan kebaikan peniaga terbabit diperluaskan rezeki dari Tuhan. Terima kasih kerana menunjukkan kebahagiaan dalam berbagi rezeki.

Sumber: Keluarga

Baca juga: Kedai Kopi Dalam Gua Beri Tarikan Baru Untuk Pengunjung, Pengalaman Menakjubkan Sambil Nikmati Alam Semulajadi

tags: | |