Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sedap Macam Dekat Pasar Malam! Ramai Puji Resepi Apam Puri Wanita Ini!

Sedap Macam Dekat Pasar Malam! Ramai Puji Resepi Apam Puri Wanita Ini!

Kategori: ,
apam puri

Jika anda berkunjung ke pasar malam, pasti akan kelihatan orang yang menjual apam puri ini. Ia memang sajian yang boleh dikatakan laku keras jika si pembuat pandai mengadun adunan apam puri supaya menjadi lembut.

Ada yang letak inti kaya, perasa jem seperti strawberi dan juga isi kastard. Jadi, untuk kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi apam puri inti kastard yang mendapat sambutan di media sosial dengan ribuan likes dan perkongsian.

Rasanya seperti apam puri pasar malam yang laku keras tu!

Sedap Macam Dekat Pasar Malam! Ramai Puji Resepi Apam Puri Wanita Ini!

Bahan-Bahan (Inti):

  • 3 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu kecil pewarna kuning

Bahan-Bahan (Kulit):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Blend atau kisar semua bahan (inti) dan masak atas api yang kecil. Jangan berhenti kacau sampai dia pekat melikat. Kalau ada ketulan sikit-sikit tak apa.
  2. Selepas itu, tutup api dan biarkan adunan inti apam puri itu sejuk.
  3. Lalu, asingkan ke tepi. Masa untuk blend atau kisar semua bahan (kulit) pula.
  4. Selepas itu, masak adunan kulit atas non stick pan (kalau pakai kuali biasa kulit lekat jadi tak cantik).
  5. Ambil inti tadi dan letak dalam kulit.
  6. Lipas kasi cantik cantik dan boleh hidangkan ia.

apam puri

apam puri

apam puri

Okay, dah siap kita punya apam versi pasar malam! Kalau anda nak cuba inti lain seperti jem strawberi, boleh lah tukar initi ikut selera. Yang paling penting, kulit tu biar kita masak jadi gebu.

Sebab, itulah sebenarnya rahsia kesedapan apam puri ni! Bolehlah cuba buat dekat rumah nanti! Selamat mencuba dan menikmati kesedapannya.

Sumber: Rahmah Isa

Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Puff Daging Berlambak, Anak-Anak Suka Sangat Sampai Minta Selalu

tags: | |